1GB Internet Percuma Setiap Hari Untuk Pelanggan Celcom, Digi, Maxis dan UMobile Sepanjang PKP - eSemakan

Breaking

Join Telegram Rasmi Kami

Daftar Email Untuk Dapatkan Update Info Jawatan Kosong Terkini.

Saturday, March 28, 2020

1GB Internet Percuma Setiap Hari Untuk Pelanggan Celcom, Digi, Maxis dan UMobile Sepanjang PKP


INDUSTRI telekomunikasi menawarkan pakej khas kepada semua pengguna termasuk usaha menambah baik rangkaian telekomunikasi yang secara kolektif bernilai RM1 bilion.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menerusi satu kenyataan berkata, antara pakej khas yang akan ditawarkan adalah Internet percuma dengan nilai RM600 juta bermula 1 April ini sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.






Internet Percuma Setiap Hari
 
Ia dibuat berikutan pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, petang tadi.

Antara inisiatif yang akan dilaksanakan adalah semua pelanggan pascabayar dan prabayar Celcom, Digi, Maxis dan UMobile akan menerima Internet berkelajuan tinggi percuma dengan kapasiti 1GB percuma.

Ia boleh digunakan antara jam 8 pagi hingga 6 petang bermula 1 April dan dikuatkuasakan sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.

Inisiatif itu juga membabitkan panggilan percuma ke talian Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Pusat Pengurusan Operasi Negara dan Jabatan Kesihatan Negeri.

SKMM dalam kenyataan itu menyatakan syarikat telekomunikasi turut memberi komitmen untuk melabur RM400 juta sehingga suku kedua tahun ini untuk meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian bagi mengekalkan ketersediaan dan kualiti rangkaian.

“Pelaburan ini akan meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian untuk tapak kritikal seperti hospital, agensi kerajaan, agensi penguatkuasaan dan pusat media.

“Dalam masa sama, Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubung Negara (NFCP) akan terus dilaksanakan untuk menambah baik kesalinghubungan digital negara terutamanya di kawasan luar bandar.

“Sebanyak RM3 bilion sudah diperuntukkan kerajaan menerusi SKMM seperti diumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi 1 yang diumumkan 27 Februari lalu,” katanya dalam kenyataan berkenaan.

Pada masa sama, agensi itu menyatakan bahawa perkhidmatan pos dan kurier komited untuk membantu usahawan menjalankan perniagaan e-dagang selain daripada meneruskan perkhidmatan seperti biasa untuk rakyat Malaysia.

SKMM yakin inisiatif diumumkan dapat meringankan beban rakyat yang terkesan akibat penularan pandemik Covid-19 di samping membolehkan kesalinghubungan berterusan supaya rakyat dapat melaksanakan tugasan harian lebih efisien.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung pakej yang ditawarkan sepanjang tempoh PKP, pengguna digalakkan merujuk atau menghubungi syarikat penyedia perkhidmatan masing-masing.

Sumber - MyMetro

2 comments:

  1. utk rangkaian redone, sila beri info tentang talian ini Redone

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seperti yang dinyatakan oleh SKMM, pakej ini ditawarkan kepada pengguna maxis, celcom, digi & u mobile. Untuk rangkaian redone, Tuan/Puan boleh merujuk atau menghubungi syarikat penyedia perkhidmatan masing-masing.

      Delete