Download Borang Bantuan Khas Covid-19 RM100 Sehari | Syarat Kelayakan & Cara Memohon - eSemakan

Breaking

Join Telegram Rasmi Kami

Daftar Email Untuk Dapatkan Update Info Jawatan Kosong Terkini.

Saturday, March 28, 2020

Download Borang Bantuan Khas Covid-19 RM100 Sehari | Syarat Kelayakan & Cara Memohon

Permohonan bantuan RM100 sehari kini di buka khas untuk pekerja yang tidak di bayar gaji atau hilang sumber pendapatan akibat penularan COVID-19.

Anda boleh ikut panduan di bawah untuk memohon bantuan RM100 ini. Manakala borang permohonan bantuan RM100 ini boleh di download melalui pautan yang disertakan di laman rasmi NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara).

Sila pastikan anda baca syarat-syarat permohonan Bantuan RM100 ini terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan anda. 

Syarat Kelayakan - GARIS PANDUAN PEMBERIAN BANTUAN KHASCOVID-19


Syarat-syarat Kelayakan

Di bawah merupakan syarat kelayakan bagi individu yang layak untuk memohon bantuan bencana RM100 ini.

1. Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

2. Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID19.
Sekiranya anda cukup syarat yang dinyatakan di atas maka anda boleh mengemukakan permohonan anda.

Pemohon yang tidak layak:

1. Bukan Warganegara Malaysia

2. Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian.

3. Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian / menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.

Bantuan bencana RM100 ini tidak layak untuk pemohon yang jatuh seperti dalam kategori di atas.

Kadar bantuan yang diterima:

RM100 sehari sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded).

Bantuan khas ini hanya akan diberikan sekali sahaja (oneoff) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.

Dokumen yang diperlukan:

1. Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 seperti di Lampiran A. (Dokumen Asal)

2. Salinan kad pengenalan. (Salinan Diakui Sah)


3. Dokumen KKM (Salinan Diakui Sah):


i. Bagi pemohon yang di bawah perintah Pengawasan dan Pemerhatian

a. Salinan Borang Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang telah disahkan oleh KKM; dan b. Salinan Borang pelepasan dari menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah kediaman bagi kontak jangkitan Covid-19 di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342);


ii. Bagi pemohon yang menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19 (warded)

a. Sijil Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh Hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19.
4. Borang Akuan Kehilangan Pendapatan seperti di Lampiran B. (Dokumen Asal)

5. Salinan penyata bank / muka depan buku akaun.** (Salinan Diakui Sah)


** sekiranya pemohon tidak mempunyai akaun bank, pemohon boleh memberikan salinan penyata bank / muka depan buku akaun bank waris bersama-sama dengan surat perwakilan kuasa kepada waris seperti di Lampiran C serta salinan kad pengenalan waris yang diakui sah.

Cara Memohon

1. Muat turun dokumen-dokumen di laman web http://www.nadma.gov.my/info-my/bantuankhas-covid-19
 2. Permohonan lengkap dihantar melalui pos ke NADMA di alamat:-

Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(U.P. : Sekretariat KWABBN)



Untuk memohon, pastikan anda download borang permohonan melalui pautan yang disediakan di bawah dan lengkapkan borang anda.

DOWNLOAD BORANG DI SINI

No comments:

Post a Comment