Bantuan Prihatin Nasional Bagi Pelajar | Syarat Kelayakan, Cara Membuat Semakan & Cara Bantuan Disalurkan


Menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Pihatin Rakyat yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 27 Mac lalu yang mengatakan “tiada golongan yang tercicir”, oleh itu, pelajar juga berpeluang untuk menerima manfaat ini. 


Perdana Menteri berkata, sewaktu pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN, bayaran itu terbuka kepada semua pelajar di negara ini. 

Oleh itu pada Mei ini, sebagai usaha untuk meringankan beban yang dihadapi akibat penularan pandemik COVID-19, bayaran RM200 secara one-off akan diterima oleh semua pelajar di institusi pengajian tinggi.

“Kepada para pelajar di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasuk IPTA universiti awam, IPTS universiti swasta, matrikulasi, Kolej Komuniti, Politeknik GiatMara akan diberikan bantuan ini yang membabitkan peruntukan sebanyak RM270 juta,” katanya

Oleh itu, berikut merupakan maklumat Bantuan Prihatin Nasional bagi pelajar.

SYARAT KELAYAKAN
  • Bantuan ini hanya  untuk pelajar yang menuntut pengajian di Malaysia sahaja.
  • Pelajar yang sedang menjalani Practical Training  juga layak menerima bantuan ini.
  • Pelajar semester akhir juga layak menerima bantuan ini. Ini merujuk kepada pelajar yang masih berstatus aktif di IPT masing-masing.

CARA MENYEMAK STATUS KELAYAKAN

Semua pelajar boleh menyemak status kelayakan masing-masing melalui pegawai Hal Ehwal Akademik / Unit Hal Ehwal Pelajar / Unit Pembangunan Pelajar di Institusi pengajian masing-masing untuk mengemaskini dokumen yang dinyatakan berikut:
  1. Salinan MyKad
  2. Nama Bank & Nombor Akaun Bank
  3. Salinan Penyata / Buku Bank
  4. Nombor Telefon / Email 


BAGAIMANA BPN PELAJAR DISALURKAN

Bantuan ini akan disalurkan kepada pelajar melalui akaun bank masing-masing. Namun, ia tertakluk pada syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh institusi masing-masing mulai hujung bulan April ini.

Semakan kelayakan boleh dibuat di Bahagian Pegawai Hal Ehwal Akademik / Unit Hal Ehwal Pelajar / Unit Pembangunan Pelajar 


BAGAIMANA JIKA PELAJAR TIADA AKAUN BANK?

Bagi pelajar yang tidak mempunyai akaun bank, pelajar tersebut harus membuka akaun bank yang baharu. Ini kerana bantuan ini akan disalurkan ke akaun bank milik pelajar sahaja.

Pelajar boleh membuka akaun bank di mana-mana bank tempatan sama ada konvensional atau Islamik. Namun, Akaun Tabung Haji dan akaun Amanah Saham tidak akan diterima.


APA YANG PERLU DILAKUKAN SEKIRANYA NAMA ANDA TIADA DALAM SENARAI PENERIMA BANTUAN?

Jika nama pelajar tiada tersenarai dalam penerima bantuan, pelajar boleh menghubungi Pegawai Hal Ehwal Akademik / Unit Hal Ehwal Pelajar / Unit Pembangunan Pelajar di Institusi Pengajian masing-masing.


MAKLUMAT LANJUT MENGENAI BANTUAN  

Para pelajar digalakkan menghubungi terus Pegawai Hal Ehwal Akademik / Unit Hal Ehwal Pelajar / Unit Pembangunan Pelajar di Institusi Pengajian masing-masing berkenaan dengan bantuan RM200 one-off ini. Sekiranya pelajar mempunyai soalan lanjut mengenai bantuan tersebut, pelajar boleh menghubungi Kementerian dan Agensi seliaan yang bertanggungjawab seperti yang berikut.


bantuan pelajar

Post a Comment

0 Comments