Bantuan Prihatin Nasional | Bantuan "one-off" Diperluas Kepada Pelajar Tingkatan 6, Diploma & Setara - eSemakan

Breaking

Join Telegram Rasmi Kami

Daftar Email Untuk Dapatkan Update Info Jawatan Kosong Terkini.

Saturday, April 11, 2020

Bantuan Prihatin Nasional | Bantuan "one-off" Diperluas Kepada Pelajar Tingkatan 6, Diploma & Setara


KUALA LUMPUR: Bantuan wang tunai ‘one-off’ RM200 untuk pelajar institut pengajian tinggi (IPT) akan diperluaskan kepada pelajar tingkatan enam, diploma dan yang setara, termasuk di institusi di bawah Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan serta MARA.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, berkata pembayaran itu akan dilakukan hujung bulan ini.

Beliau berkata, sebelum ini kerajaan mengumumkan pemberian bantuan itu kepada setiap pelajar sepenuh masa IPT meliputi pelajar matrikulasi, Kolej Komuniti, Politeknik serta Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.

"Bagaimanapun Kementerian Kewangan dengan sukacitanya memaklumkan bahawa bantuan itu diperluaskan dengan peruntukan dinaikkan daripada RM270 juta kepada RM300 juta untuk memanfaatkan lebih kurang 1.5 juta pelajar.

"Kementerian yang terbabit akan mempercepatkan jadual bayaran kepada pelajar IPT yang layak dari Mei kepada hujung April," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tengku Zafrul berkata, kerajaan berharap bantuan ini dapat meringankan beban dihadapi pelajar IPT dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Semoga mereka terus sabar dan gigih dalam perjalanan menuntut ilmu dan menimba kemahiran," katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan bantuan RM200 kepada pelajar IPT sebagai usaha meringankan beban yang dihadapi akibat penularan pandemik COVID-19.

Sumber - Berita Harian

No comments:

Post a Comment