Info Semasa
Bantuan Prihatin Nasional | Cara Kemaskini Maklumat Akaun Bank Untuk Bayaran BPN Secara Online | Kemaskini Sekarang
Untuk makluman, kini anda boleh buat pengemaskinian maklumat akaun bank bagi bayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) melalui aplikasi e-kemaskini. Pengemaskinian maklumat akaun bank tersebut hendaklah dilakukan selewat-lewatnya pada 30 April 2020 bagi membolehkan bayaran BPN mereka dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan pada bulan Mei 2020.
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pengemaskinian maklumat akaun bank bagi bayaran Bantuan Prihatin Nasional termasuk memaparkan aplikasi kemaskini:
CARA KEMASKINI MAKLUMAT AKAUN BANK UNTUK BAYARAN BPN SECARA ONLINE
1. Anda boleh buat kemaskini maklumat akaun bank yang aktif melalui aplikasi e-kemaskini. Pautan e-kemaskini adalah berikut.
https://ez.hasil.gov.my/.

2. Log masuk ke profil anda menggunakan nombor kad pengenalan anda dan klik hantar.
3. Setelah itu, anda boleh kemaskini maklumat akaun bank anda.
LHDNM menasihati penerima BPN untuk hanya menggunakan saluran rasmi LHDNM dalam urusan mengemaskini maklumat bank tersebut. Sila ambil perhatian bahawa LHDNM tidak akan meminta TAC bagi tujuan penyaluran Bantuan Prihatin Nasional.
Bagi penerima BPN yang tiada rekod percukaian dengan LHDN pula, bayaran akan dibuat seperti yang telah dimaklumkan dalam Soalan Lazim (FAQ) BPN. FAQ BPN boleh dicapai di portal rasmi BPN atau melalui pautan pantas berikut.
PAUTAN PANTAS FAQ BPN


Post a Comment
0 Comments