Semakan Status Penerimaan & Permohonan | Semak Sekarang

Memandangkan permohonan dan semakan status untuk Bantuan Prihatin Nasional telah dibuka pada 1 April 2020, pasti ramai yang mencari cara-cara untuk log masuk ke laman LHDN dengan menggunakan link yang betul untuk membuat semakan.

Ketahui cara-cara untuk membuat semakan dan permohonan Bantuan Prihatin Nasional.

Bagi penerima automatik BPN, anda tidak perlu lagi membuat sebarang semakan. Anda hanya perlu tunggu email kelulusan dari pihak LHDN.

Siapa Penerima Automatik BPN?

Berdasarkan hebahan rasmi LHDN, golongan-golongan di bawah tidak perlu mengemukakan permohonan:
  1. Jika seseorang itu pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH), mereka tidak perlu mengemukakn apa-apa permohonan lagi untuk Bantuan Prihatin. Mereka hanya perlu menunggu bantuan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dengan BSH sahaja.
  2. Jika nama anda ada rekod dalam LHDN pula, anda tidak perlu lagi membuat permohonan baru. Anda hanya perlu semak kelayakan sahaja bermula 1 April 2020. Ini kerana rekod dan database anda suda ada dalam sistem LHDN. 

Ini termasuk penerima BSH sedia ada (2019, 2020 mahupun yang sedang dalam kemaskini); atau pembayar cukai sedia ada yang telah mengemaskini maklumat cukai melalui e-filing.

Jadi, anda hanya perlu menunggu makluman email dari LHDN sahaja.

Cara Login Bantuan Prihatin Nasional

Untuk makluman anda, semakan status penerimaan dari pendaftaran BPN hanya boleh dibuat melalui pautan di bawah berdasarkan kenyataan media rasmi yang dikeluarkan LHDN.
  1. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN)
  2. bpn.hasil.gov.my

Orang ramai hanya perlu mengikuti langkah seperti berikut untuk semakan penerimaan BPN:
  1. Masukkan nombor kad pengenal (NRIC)
  2. Masukkan kod captcha yang diberikan; dan
  3. Keputusan akan dipaparkan

Sekiranya status semakan adalah 'tiada rekod', anda boleh membuat permohonan baharu dengan klik butang 'Permohonan Baru'. Permohonan untuk BPN akan dibuka sehingga 30 April 2020.

Sementara itu, bagi permohonan yang tidak berjaya, rayuan boleh dikemukan secara dalam talian melalui pautan http://www.hasil.gov.my/ atau bpn.hasil.gov.my bermula 3 April 2020.

Siapa Yang Perlu Memohon BPN?

1. Golongan sudah berkahwin: Pendapatan Isi Rumah RM4,000 ke bawah
  • Jika anda berada dalam kategori ini dan anda tidak pernah apply BSH, anda perlu memohon.
2. Golongan sudah berkahwin: Pendapatan Isi Rumah RM4001 hingga RM8000
  • Jika anda berada dalam kategori ini, tetapi tidak pernah berdaftar dengan LHDN, anda perlu memohon.
3. Orang Bujang: Pendapatan RM2000 ke bawah
  •  Jika anda berada dalam kategori ini dan anda tidak pernah apply BSH, anda perlu memohon.
4. Orang Bujang: Pendapatan RM2000 hingga RM4000 
  • Jika anda berada dalam kategori ini, tetapi tidak pernah berdaftar dengan LHDN, anda perlu memohon.


Post a Comment

0 Comments