Bantuan Insentif RM1,000 Untuk Pemandu Pelancong - eSemakan

Breaking

Join Telegram Rasmi Kami

Daftar Email Untuk Dapatkan Update Info Jawatan Kosong Terkini.

Friday, May 22, 2020

Bantuan Insentif RM1,000 Untuk Pemandu Pelancong


JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor akan memberikan insentif secara sekali bayar sebanyak RM1,000 seorang kepada 936 pemandu pelancong berlesen di negeri ini yang terjejas susulan wabak COVID-19.


Exco Pelancongan negeri, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata insentif melibatkan peruntukan sebanyak RM936,000 itu adalah insentif di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Negeri Johor bagi meringankan beban yang dihadapi industri pelancongan negeri ini.

Beliau berkata insentif lain bagi membantu industri pelancongan negeri termasuk pengecualian bayaran lesen perniagaan kepada pemilik syarikat pelancongan dan hotel bagi tahun ini serta pengecualian bayaran duti hiburan bagi taman tema dan pusat hiburan keluarga untuk tahun ini.

“Insentif pengecualian bayaran lesen perniagaan kepada pemilik syarikat pelancongan dan hotel itu melibatkan jumlah anggaran sebanyak RM894,211 yang memberi manfaat kepada 1,031 pemegang lesen perniagaan manakala pengecualian bayaran duti hiburan bagi taman tema dan pusat hiburan keluarga pula dianggarkan berjumlah RM3 juta,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Selain itu katanya, kerajaan negeri menerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan sedang merangka strategi jangka pendek dan jangka panjang bagi memulihkan serta mengembalikan daya saing industri pelancongan negeri Johor pasca COVID-19.


Maklumat lanjut mengenai insentif berkenaan dan perkembangan mutakhir sektor pelancongan negeri Johor boleh layari laman Facebook Tourism Johor.

SUMBER: BERNAMA

No comments:

Post a Comment