Sarawak
Bantuan RM500 Smpena Hari Raya dan Hari Gawai Penjawat Awam Negeri Sarawak

Akan dibayar sebelum menjelangnya Hari Raya Aidilfitri dan Gawai
Merujuk pekeliling tersebut, RM500 tersebut akan diagihkan sebelum menjelangnya Hari Raya Aidilfitri yang akan datang tidak lama lagi.
Bantuan khas aidilfitri dan gawai tahun 2020 ini juga adalah berselarasan dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2020: Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak termasuk Ahli-Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri.
Untuk pengetahuan, bantuan khas ini akan diberikan kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri dari Gred 1 sehinggalah Jusa.
Ahli-Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri dan pegawai yang bersara dalam tempoh 1 Januari 2020 sehingga 20 Mei 2020 juga turut layak untuk menerima bantuan ini.
Sebelum ini, Kerajaan Pusat juga telah mengumumkan bantuan hari raya sebanyak RM500 kepada penjawat awam persekutuan.
Bantuan khas tersebut juga dipanjangkan kepada guru interim, pegawai lantikan sementera dan juga pegawai yang bercuti tanpa gaji.
Post a Comment
0 Comments