Set Dekoder MYTV Secara Percuma Untuk Golongan B40 & OKU


Berita gembira untuk mereka yang berada dalam kelompok penerima BSH atau BPN, anda layak untuk mendapatkan Set Dekoder MYTV secara percuma.

Dengan Decoder percuma ini, anda kini boleh menikmati siaran digital Freeview yang menyajikan siaran TV dan Radio yang popular di Malaysia tanpa sebarang bayaran mahupun yuran bulanan.


DECODER MYTV 

MYTV merupakan siaran TV digital percuma di Malaysia. Kita sedia maklum bahawa Malaysia sedang menuju ke siaran digital sepenuhnya dan telah menamatkan siaran konvensional (analog-bintik2) dengan matlamat menyajikan siaran dan gambar yang lebih baik sesuai dengan status negara yang semakin berkembang. Projek ini juga adalah salah satu diantara inisiatif kerajaan agar rakyat mendapat khidmat siaran TV dan Radio yang terbaik.

SEMAKAN SET DECODER PERCUMA MYFREEVIEW


Sebanyak 2 juta penerima BSH yang akan menerima Set Decoder yang bernilai RM300 Secara PERCUMA adalah tertumpu kepada mereka yang tinggal di kawasan yang sukar mendapatkan siaran analog.

Sekiranya anda LAYAK, Bagaimana pula proses tuntutan Decoder MYTV ini dilakukan? ramai yang keliru tentang proses tuntutan Decoder MYTV apabila sudah layak. Jangan risau, kami akan kongsikan cara untuk semakan dan tuntutan dekoder MYTV ini secara ringkas dengan panduan bergambar agar pihak MYTV akan menghantar set Decoder ini terus ke rumah anda.

ANTARA SENARAI SIARAN MYFREEVIEW

MYTV akan menawarkan siaran secara percuma, berikut adalah siaran yang disediakan MYTV : 

● TV1 (HD)
● TV2 (HD)
● TV Okey
● RTM Sports HD
● RTM Bes HD
● TV3 (HD)
● CJ Wow Shop (Melayu)
● CJ Wow Shop (Cina)
● NTV7
● 8TV
● TV9
● TV Al-Hijrah (HD)
● Bernama News Channel

SENARAI SIARAN RADIO

 Nasional FM
● Traxx FM
● Minnal FM
● Ai FM
● Klasik FM
● Asyik FM

BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT SEMAKAN DAN TUNTUTAN?

Disebabkan jumlah pembahagian Decoder secara percuma ini melibatkan jumlah penerima BSH yang begitu besar, proses pembahagian dan penyediaan decoder juga terpaksa menghadapi sedikit kesulitan kerana pengeluaran decoder sebanyak berjuta-juta bukanlah perkara yang boleh dibuat dengan mudah dan cepat. Harap bersabar.

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk membuat semakan kelayakan.

LANGKAH PERTAMA : 

Laman web rasmi semakan MYTV : https://status.mytvbroadcasting.my/


 Klik link semakan MYTV berwarna biru di atas
● Pilih Isi Rumah B40/OKU yang berdaftar dengan JKMM 

LANGKAH KEDUA :


 Jika anda layak, anda akan mendapatkan jawapan sama seperti gambar di atas
● Pergi ke langkah selanjutnya

LANGKAH KETIGA :


 Lengkapkan semua maklumat yang diminta
● Pastikan alamat, nombor telefon yang tepat dan boleh dihubungi

LANGKAH KEEMPAT :


 Sila tick kotak kecil menandakan anda menerima dan bersetuju 
● Klik HANTAR
 Sila semak jika kawasan anda telah tersenarai untuk menerima rangkaian siaran MYTV di sini

Post a Comment

1 Comments