Gaji RM1,000 Tanpa Slip Gaji Pun Boleh Beli Rumah SJKP 2020 - eSemakan

Breaking

Join Telegram Rasmi Kami

Daftar Email Untuk Dapatkan Update Info Jawatan Kosong Terkini.

Tuesday, May 26, 2020

Gaji RM1,000 Tanpa Slip Gaji Pun Boleh Beli Rumah SJKP 2020


PERMOHONAN RUMAH SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN


Jika gaji bersih anda sebanyak RM1,000 sebulan, anda mampu untuk membeli rumah sendiri di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP). Menarik kan?

Dan lebih menarik lagi, kepada pekerja yang berkerja sebagai nelayan, petani, operator kilang, peniaga kecil, pemandu teksi, dan pekerja am yang tiada penyata gaji bulanan. Anda juga masih berpeluang untuk memiliki rumah pertama yang berharga sehingga RM300,000


Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)


Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP Berhad) adalah syarikat milik penuh Menteri Kewangan, diperbadankan pada 6 Disember 2007.

SKJP Berhad mengeluarkan jaminan kepada institusi-institusi kewangan untuk membolehkan mereka memberi pembiayaan kepada golongan tidak berpendapatan tetap dan berpendapatan rendah yang kekurangan dokumen pendapatan bagi pembelian rumah pertama untuk diduduki.

Kerajaan menyedari kepada kesukaran golongan yang tidak berpendapatan tetap seperti petani, pekebun kecil, pemandu teksi, nelayan dan sebagainya untuk membeli rumah kediaman. Ramai yang mempu membeli rumah tetapi masih menyewa kerana sukar mendapatkan pembiayaan atas sebab kekurangan dokumen pendapat. Dengan adanya Skim SKJP ini, lebih ramai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum akan memiliki rumah sendiri.

Skim ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas. Tempoh pembiayaan perumahan SKJP sama seperti bank iaitu 35 tahun atau usia peminjam 65 tahun.


PROSES PERMOHONAN
  1. Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tempahan.
  2. Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF.
  3. Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau rumah geran tanah (untuk aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli.
  4. Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.
INSTITUSI KEWANGAN YANG TERLIBAT
  • ● Affin Bank
  • ● Affin Islamic
  • ● Agro Bank
  • ● Alliance Bank
  • ● Alliance Islamic Bank
  • ● AmBank Group
  • ● AmIslamic Bank
  • ● Bank Islam
  • ● BSN
  • ● Bank Rakyat
  • ● Hong Leong Bank
  • ● Hong Leong Islamic Bank
  • ● Maybank
  • ● Maybank Islamic
  • ● Bank Muamalat
PENTING : Permohonan mestilah dibuat dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terlibat dengan skim ini. BUKAN SECARA TERUS ke pejabat SJKP Berhad.

SYARAT KELAYAKAN


  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas
  2. Berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dll atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM300.0 juta yang pertama sahaja). Pinjaman bersama dibenarkan.
  3. Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami.
  4. Pembelian rumah kediaman baru/didalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.
  5. Pendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan.
  6. Mesti bermastautin di dalam lingkungan 20km daripada cawangan institusi kewangan tempat permohonan dibuat.
  7. Pembayaran bulanan kesemua pinjaman < 65% daripada pendapatan kasar.
  8. Rekod tunggakan CCRIS < 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.
  9. Tiada rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.SJKP tidak menjamin pembiayaan perumahan untuk pembinaan rumah di atas tanah sendiri.
Baca soalan lazim di laman web rasmi SKJP DI SINI.


No comments:

Post a Comment