Info Bantuan
Skim PeKa 2.0 Dibuka Untuk Pengusaha Industri Pelancongan di P.Pinang
Dalan satu kenyataan hari ini, pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Pulau Pinang, Yeoh Soon Hin berkata pinjaman tanpa faedah itu ditawar menerusi Pakej Bantuan Pulau Pinang 2.0 kepada pengusaha industri pelancongan yang layak.
“Memandangkan negeri ini berusaha ke arah merumuskan satu perancangan pemulihan pelancongan jangka panjang, kami berharap pinjaman tanpa faedah ini boleh meringankan beban kewangan mereka yang terlibat dan memperbaiki aliran tunai sektor yang terlibat dalam pelancongan,” katanya.
Beliau berkata, borang permohonan boleh dimuat turun dari www.pdc.gov.my dan hendaklah dikemukakan di Tingkat 3, Komtar.
“Satu kaunter akan dibuka dari 27 Mei hingga 12 Jun dari pukul 10 pagi hingga 4.00 petang untuk penerimaan borang permohonan beserta lampiran dokumen,” tambah beliau.
Bagi maklumat lanjut, mereka yang berminat boleh menghubungi 017-581 5133/04-6505133 atau e-mel skimpeka2.0.yshoffice@gmail.com pada hari bekerja mulai 10 pagi hingga 4.00 petang.
SUMBER: BERNAMA
Post a Comment
0 Comments