BANTUAN IBU BERSALIN (BIB) SEBANYAK RM450 - eSemakan

Breaking

Join Telegram Rasmi Kami

Daftar Email Untuk Dapatkan Update Info Jawatan Kosong Terkini.

Tuesday, June 2, 2020

BANTUAN IBU BERSALIN (BIB) SEBANYAK RM450


BANTUAN RM450 UNTUK IBU BERSALIN



Ikuti Langkah Ringkas Ini Untuk Memohon Insentif Ibu Bersalin (IIB) Di Sarawak. Selain daripada pengumuman inisiatif Kenyalang Gold Card (KGC) beberapa hari yang lalu, terdapat satu lagi berita baik untuk rakyat Sarawak. Kali ini, bakal-bakal ibu yang berstatus anak Sarawak boleh memohon bantuan Insentif Ibu Bersalin (IIB). Inisiatif ini berkuat kuasa bermula 1 Janurai 2020 dan boleh mula dipohon seawal usia kandungan mencecah 22 minggu.

Untuk makluman anda, inisiatif ini merupakan salah satu perkara yang telah diusulkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Abang Jo, dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2020. Inisiatif Ibu Bersalin (IIB) merupakan inisiatif tambahan kepada Endowment Fund Sarawak (EFS) yang memberikan RM1,000 kepada setiap bayi yang dilahirkan oleh ibu rakyat Sarawak. Ini bermakna seorang bakal ibu yang melahirkan bayi akan menerima kedua-dua insentif tersebut sekiranya mereka memohon.

Untuk setiap permohonan, para ibu bakal menerima insentif sebanyak RM450.00 secara ansuran bagi tempoh 3 bulan selepas bersalin. 

CARA MEMOHON INSENTIF IBU BERSALIN

1. PERMOHONAN CARA MANUAL
  • ● Muat turun dan lengkapkan Borang Permohonan Insentif Ibu Bersalin (IIB) di laman sesawang. Anda boleh tekan pautan INI untuk muat turun borang atau; 
  • ● Dapatkan borang secara hardcopy di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian / Pejabat Residen / Pejabat Daerah / Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak, KWKPK 
  • ● Isi maklumat pemohon, butiran bank, butiran pasangan/penjaga, serta pengesahan pegawai perubatan yang boleh mengesahkan usia kehamilan anda.
  • ● Jika anda telah bersalin, biarkan kosong untuk ruangan pengesahan pegawai perubatan dan rujuk urus setia yang bertugas semasa penghantaran borang untuk pengesahan lanjut.
  • ● Lampirkan salinan dokumen sokongan seperti dalam senarai semak borang (mukasurat 4). Pastikan salinan tersebut telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan/Ketua Kaum/Ketua Masyarakat
  • ● Borang telah lengkap diiisi hendaklah dihantar ke Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak, KWKPK di Bangunan Baitulmakmur, Kuching A.K.A MASJA. 

2. PERMOHONAN SECARA ONLINE


  • ● Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan
  • ● Hantar!

SYARAT KELAYAKAN


Anda layak menerima insentif ini sekiranya anda:
  • ● Warganegara Malaysia pemegang MyKad berstatus “K” 
  • ● Ibu pemegang MyKad berstatus “K”Isteri pemegang MyKad berstatus “K” 
  • ● Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak 
  • ● Kandungan ibu hendaklah mencapai usia 22 minggu dan ke atas 

MAKLUMAT TAMBAHAN
  • ● Permohonan ini hanya terbuka kepada ibu yang melahirkan bayi pada tahun 2020 
  • ● Tempoh permohonan adalah 3 bulan dari tarikh bersalin 
  • ● Hanya ibu sahaja dibenarkan memohon 
  • ● Sekiranya butiran permohonan tidak lengkap atau palsu, permohonan akan ditolak oleh KWKPK tanpa memberi sebarang alasan atau notifikasi. 

1 comment:

  1. Saya memohon online..masih menunggu keputusan...harap ada rezeki anak.

    ReplyDelete