RAYUAN KEMASUKAN KE POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI SESI JUN 2020 - eSemakan

Breaking

Join Telegram Rasmi Kami

Daftar Email Untuk Dapatkan Update Info Jawatan Kosong Terkini.

Wednesday, June 3, 2020

RAYUAN KEMASUKAN KE POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI SESI JUN 2020


PERMOHONAN RAYUAN KEMASUKAN KE POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI


Keputusan permohonan UPUonline untuk adik-adik lepasan SPM kini boleh disemak bermula hari ini (03 Jun 2020). Adik-adik yang berjaya melanjutkan pelajaran di Politeknik dan juga Kolej Komuniti boleh mencetak surat tawaran yang akan diberikan mulai 05 Jun 2020 pada jam 1 Petang.

Bagi adik-adik yang kurang bernasib baik, jangan berputus asa. Adik-adik yang tidak berjaya menempatkan diri di mana-mana Institut Pengajian Tinggi dan ingin melakukan permohonan rayuan kemasukan ke Politeknik dan juga Kolej Komuniti boleh melakukannya melalui atas talian/ 'online' bermula pada 05 Jun 2020 bermula jam 1 Petang.

Baca Juga: 1,000 KEKOSONGAN JAWATAN KOSONG KERANI PELBAGAI NEGERI

RAYUAN UNTUK MELANJUTKAN PEMBELAJARAN DI POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI

Sila ambil perhatian kepada adik-adik yang ingin melakukan permohonan rayuan, bahawa permohonan rayuan akan dibuka mulai 05 Jun 2020 (Jumaat) pada jam 1 Petang. Sila set dalam 'reminder' adik-adik sekalian agar tidak terlepas tarikh penting ini.

Adik-adik boleh melakukan permohonan secara atas talian/ 'online' melalui pautan dibawah.


Portal Pengambilan Pelajar Politeknik & Kolej Komuniti.



Untuk pertanyaan lanjut berhubung kemasukan ke Politeknik dan Kolej Komuniti ini, adik-adik boleh menghubungi talian 03-8888 3837 (waktu pejabat) atau emel ke alamat jppkk.ambilan@mohe.gov.my

No comments:

Post a Comment