Sebanyak 4,609 Kekosongan Jawatan Ditawar Kepada Graduan Peminjam PTPTN - eSemakan

Breaking

Join Telegram Rasmi Kami

Daftar Email Untuk Dapatkan Update Info Jawatan Kosong Terkini.

Wednesday, July 1, 2020

Sebanyak 4,609 Kekosongan Jawatan Ditawar Kepada Graduan Peminjam PTPTN


4,609 Kekosongan Jawatan Ditawar Kepada Graduan Peminjam PTPTN


Sebanyak 4,609 kekosongan jawatan ditawarkan kepada mereka yang bergelar graduan yang telah melakukan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerusi Virtual Mini Job Hunt For PTPTN Borrowers.

Menurut Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid, kekosongan jawatan itu ditawarkan oleh 20 majikan dan berlangsung selama empat hari program tersebut berlangsung pada 30 Jun hingga 3 Julai depan.

Menurutnya, program itu merupakan aktiviti pertama daripada kerjasama yang termeterai bersama Kementerian Sumber Manusia menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Objektif Program
Memudahkan para peminjam PTPTN untuk mendapatkan pekerjaan dan kerjaya yang lebih baik serta sedikit sebanyak ingin mengurangkan kadar pengangguran di kalangan Graduan.

Tempoh Program
Program yang diperkenalkan untuk Graduan ini akan berlangsung bermula pada 30 Jun 2020 sehingga 03 Julai 2020.

Agensi-agensi Yang Terlibat
Hasil kerjasama antara Kementerian Sumber Manusia dan PTPTN menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Penglibatan sebanyak 20 Majikan/ Syarikat.

"Program temuduga khas ini dirancang khusus untuk peminjam-peminjam PTPTN yang terdiri dari golongan graduan dan pencari kerja.

"Program temuduga ini dijalankan secara maya dengan calon-calon yang merupakan peminjam,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara PTPTN dan Perkeso bersama Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Tentatif Program
Sesi Ceramah Webinar (Online) berkenaan kebolehpasaran pekerjaan selama 2 hari.
Temuduga terbuka secara Online

Cara Pendaftaran
Bagi graduan yang berminat, anda boleh melakukan pendaftaran melalui pautan biru dibawah.

https://careerfair.perkeso.gov.my/

"Portal ini adalah salah satu daripada enam inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) yang dilaksanakan dibawah KSM," katanya.

Sumber: Sinar Harian

1 comment: