Penjawat Awam Boleh Mohon Skim Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) ~ Daftar Segera! - eSemakan

Breaking

Join Telegram Rasmi Kami

Daftar Email Untuk Dapatkan Update Info Jawatan Kosong Terkini.

Saturday, July 18, 2020

Penjawat Awam Boleh Mohon Skim Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) ~ Daftar Segera!


SKIM PERUMAHAN PENJAWAT AWAM MALAYSIA PPAM


PPAM merupakan salah satu skim rumah mampu milik yang diperkenalkan oleh Kerajaan untuk penjawat awam. Program ini telah diperkenalkan pada awal tahun 2013 berikutan keputusan Jemaah Menteri pada 30 Januari 2013 dan 27 Mac 2013 yang bersetuju agar dikaji pendekatan untuk membolehkan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana agar dapat memiliki rumah khususnya di bandar-bandar utama.

Cara skim ni beroperasi adalah dengan menggalakkan pemaju-pemaju perumahan sektor swasta untuk membina pembangunan PPAM, yang kemudiannya akan disubsidikan oleh kerajaan.

Kelayakan Pemohon PPAM

  • ● Warganegara Malaysia
  • ● Pekerja kerajaan atau penjawat awam
  • ● Pendapatan bulanan di bawah RM10,000
  • ● Pesara kerajaan dan penjawat awam kontrak boleh memohon
  • ● Boleh memohon lebih dari satu projek
  • ● Moratorium 10 Tahun
Laman Permohonan


Contoh Rumah PPAM

Panduan Permohonan


1. Daftar akaun anda di www.ppam.gov.my dan anda akan dapat kata laluan melalui email anda
2. Sila lihat projek-projek terbaru PPAM. Anda boleh memilih lokasi pilihan anda
3. Log masuk melalui pautan https://apps.ppam.gov.my untuk melakukan permohonan
4. Pilih jenis projek pilihan anda. Anda diminta menyemak terlebih dahulu kelayakan pinjaman dengan LPPSA/ bank komersil terlebih dahulu sebelum memilih rumah
5. Pengundian akan dilakukan mengikut kaedah yang akan digunakan oleh Bahagian PPAM
6. Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui email dan paparan di dalam website PPAM

Apakah Jenis Perumahan Yang Terlibat Dengan PPAM?

Hartanah PPA1M ni adelah unit binaan untuk tujuan tertentu (purpose-built units), yang dibina oleh pemaju swasta, dan kewangannya disokong oleh pembiayaan kerajaan. Kesemua rumah-rumah PPAM direka dengan kriteria-kriteria berikut.

  •  Perumahan kualiti dan mampu milik
  • ● Terletak di bandar-bandar utama
  •  Dibangunkan di kawasan yang memberi kepentingan pade penjawat awam
  •  Pelbagai jenis unit termasuk rumah atas tanah (landed) atau bertingkat (high-rise)
  • ● Harga rumah diantara RM90,000 ke RM300,000
SELAMAT MEMOHON

No comments:

Post a Comment