Permohonan Dan Semakan Status Bantuan Ibu Tunggal (BKIT) RM300 Secara Dalam Talian


Permohonan Dan Semakan Status Bantuan Ibu Tunggal (BKIT) RM300 Secara Dalam Talian. 

Anda mesti tertanya-tanya bilakah tarikh sebenar bayaran BKIT bukan? Disini kami sajikan panduan untuk anda yang tergolong didalam golongan ibu tunggal yang ingin melakukan permohonan Bantuan Ibu Tunggal RM300. 

Untuk pengetahuan anda, kerajaan Malaysia telah mengumumkan satu bantuan iaitu Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) kepada ibu tunggal yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Bagi anda yang berkelayakan boleh membuat pendaftaran secara dalam talian (online) menerusi laman web rasmi Jabatan Pembangunan Wanita.

Bantuan Khas Ibu Tunggal adalah berdasarkan pangkalan data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW). Ibu tunggal yang bukan penerima bantuan JKM boleh mengemukakan permohonan selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2020 melalui Pejabat Pembangunan Wanita, JKM Negeri dan menerusi portal JPW.

PERMOHONAN DAN SEMAKAN STATUS BANTUAN IBU TUNGGAL (BKIT)

Berikut dikongsikan adalah maklumat mengenai Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) termasuk mengingatkan semula syarat kelayakan, jumlah bantuan dan cara pendaftaran serta semakan status permohonan:

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN IBU TUNGGAL
  • Penerima merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
  • Wanita yang menjadi Ketua Isi Rumah seperti tafsiran (Definisi Ibu Tunggal).
  • Pendapatan Isi Rumah adalah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK semasa) RM960 atau perkapita RM244.

CARA DAFTAR BANTUAN IBU TUNGGAL

Pendaftaran bantuan ibu tunggal ini boleh dibuat secara online menerusi laman web https://www.jpw.gov.my/permohonan-bantuan-ibu-tunggal/

SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL

1. Bagi anda yang sudah membuat permohonan boleh semak status menerusi laman web rasmi http://bkit.jpw.gov.my/semakan pemohon.

2. Masukkan nombor kad pengenalan dan klik pada butang ‘Cari’.

3. Keputusan akan dipaparkan sama ada LULUS atau GAGAL.

KAEDAH BAYARAN BANTUAN IBU TUNGGAL

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon yang layak. Akaun bank mestilah aktif. Bayaran adalah mulai Julai sehingga November 2020.

Sebarang keterangan lanjut, sila hubungi :

Jabatan Pembangunan Wanita,
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
Aras 23-25, No. 55,
Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya, Malaysia

No. Tel : 03 – 8323 1000
No. Faks : 03 – 8323 2034
Email : infojpw@jpw.gov.my
Web : www.jpw.gov.my

Penafian : Laman web semakankerjaya tiada sebarang kaitan dengan pihak JPW. Laman ini hanya berkongsi atau menyampaikan informasi am kepada umum. Sebarang kehilangan data / maklumat tidak dipertanggungjawabkan oleh laman semakankerjaya.

Sumber: myinformasi.net

Post a Comment

0 Comments