[ BSH 2020 ] Cara Mohon Rayuan BSH 2020 Secara Dalam Talian Atau Melalui Borang Mulai 07 Ogos 2020


CARA MOHON RAYUAN BSH 2020 SECARA DALAM TALIAN ATAU MELALUI BORANG MULAI 7 OGOS 2020

Berikut dikongsikan tentang Bantuan Sara Hidup 2020 Fasa 3 merangkumi tarikh-tarikh penting, jumlah bayaran dan cara melakukan rayuan bagi mereka yang berstatus tidak lulus.

PERMOHONAN RAYUAN BSH 2020

Bagi anda yang berstatus tidak layak atau tidak lulus, anda boleh mengemukakan permohonan rayuan BSH 2020 yang akan dibuka selama 1 bulan bermula dari 07 Ogos sehingga 06 September 2020.

Bagi yang belum mengetahui, permohonan rayuan BSH 2020 boleh dikemukakan secara dalam talian di portal BSH https://bsh.hasil.gov.my atau pemohon boleh hadir sendiri di mana-mana Cawangan LHDNM/ Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (Urban Transformation Centre – UTC).

Sebelum hadir ke tempat-tempat yang dinyatakan diatas, sila pastikan bahawa anda membawa dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan beserta borang permohonan lengkap diisi seperti yang disenaraikan dibawah:
  • Salinan MyKad sendiri
  • Salinan MyKad pasangan
  • Penyata gaji terkini
  • Surat status perkahwinan

Artikel Berkaitan : Tarikh Penting Berkaitan Proses Pembayaran i-Lestari KWSP Bagi Tahun 2020

SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN BSH 2020

Keputusan rayuan Bantuan Sara Hidup 2020 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Sebarang keterangan lanjut, sila layari ke laman web BSH https://bsh.hasil.gov.my/ atau hubungi Hotline BSH di talian 1-800-88-2747.

BACA JUGA : Rakyat Malaysia Boleh Nikmati Rumah Mampu Milik SPNB

Post a Comment

0 Comments