Info Bantuan
Tarikh Penting Untuk Anda Lakukan Permohonan Rayuan BSH Fasa 3
Pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) fasa ke 3 telah dilaksanakan pada 24 Julai yang lalu.
Kepada sesiapa yang tidak layak untuk bantuan ini, permohonan rayuan akan dibuka bermula pada 7 Ogos sehingga 6 September 2020.
Rayuan boleh dibuat di portal rasmi BSH Hasil atau secara terus ke cawangan-cawangan LHDNM yang berdekatan dengan lokasi pemohon.
Baca perkara di bawah untuk mengetahui tentang proses rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH)
Berikut adalah sebab-sebab pemohon tidak layak Bantuan Sara Hidup (BSH) :
- Berpendapatan melebihi RM4,000 sebulan
- Menetap di luar negara
- Pasangan bukan warganegara / ibu bapa tunggal / janda / duda yang tidak mempunyai anak
- Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan
- Memiliki dua atau lebih perniagaan milikan tunggal
- Memilik Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
- Pemegang saham / pengarah syarikat
- Memiliki kenderaan dalam negara melebihi 2,000cc
- Memiliki kenderaan luar negara melebihi 1,400cc
- Memiliki motosikal melebihi 500cc
- Transaksi milikan hartanah melebihi RM500,000
SEMAKAN KELULUSAN BSH
Anda perlu layari Portal BSH dan masukkan nombor kad pengenalan untuk membuat semakan kelulusan.
Anda perlu layari Portal BSH dan masukkan nombor kad pengenalan untuk membuat semakan kelulusan.
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan BSH :
- Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
- Lelaki / wanita yang menjadi ketua isi rumah dan berpendapatan RM4,000 sebulan ke bawah
- Pasangan warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR / MyKAS)
- Pasangan bukan warganegara Malaysia tetapi memiliki anak warganegara (Mykad / Mykid)
Hubungan dengan anak mestilah :
- Anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN
- Warganegara Malaysia (mempunyai Mykad / Mykid)
- Tiada punca pendapatan / tidak bekerja
- 19 tahun ke atas yang masih belajar di Universiti Awam
- OKU
Untuk sebarang pertanyaan, sila layari FAQ untuk Rayuan BSH rasmi.
Post a Comment
3 Comments
eddietang63@gmail.com
ReplyDeleteeddietang63@gmail.com
Deletee
ReplyDelete