Tan Sri Muhyiddin Yassin Cadang Bantuan Bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dinaikkan RM1,000. - eSemakan

Breaking

Join Telegram Rasmi Kami

Daftar Email Untuk Dapatkan Update Info Jawatan Kosong Terkini.

Tuesday, September 1, 2020

Tan Sri Muhyiddin Yassin Cadang Bantuan Bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dinaikkan RM1,000.

JKM 2020

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan agar bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang pada masa ini diberikan kepada penerima sebanyak RM200 dan RM300 dinaikkan kepada RM1,000.

Perdana Menteri berkata, cadangan itu akan beliau kemukakan pada mesyuarat jemaah menteri minggu depan.

Muhyiddin berkata, beliau sedih dengan nasib golongan itu walaupun negara sudah lama merdeka dan usaha membantu golongan B40 adalah aspirasi kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinannya.

Sebelum diluluskan, pastikan anda semua telah membuat permohonan di eBANTUANJKM. Kami akan kongsikan cara untuk membuat permohonan di JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM).

Pengenalan


Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.

Secara prinsipnya, di dalam melaksanakan pemberian bantuan kepada rakyat, Kerajaan Malaysia tidak sesekali mengamalkan konsep Negara Kebajikan (Welfare State). Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial. Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.

Objektif Pemberian Bantuan

Memenuhi keperluan asas (basic needs) bagi meringankan beban penerima bantuan
Alat sokongan sosial (social support tools) untuk menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan
Alat pemulihan (rehabilitation tools) agar penerima bantuan terus kekal tinggal bersama komuniti/masyarakat.
Sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup

Kelayakan Memohon Bantuan Kebajikan
Semua permohonan yang dibuat perlu memenuhi kriteria dan kadar pemberian bantuan kebajikan berdasarkan kepada setiap jenis bantuan berikut:
  • ⏺ Bantuan Kanak-Kanak
  • ⏺ Elaun Pekerja Cacat
  • ⏺ Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja
  • ⏺ Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar
  • ⏺Bantuan Orang Tua
  • ⏺Bantuan Am Persekutuan
  • ⏺Bantuan Anak Pelihara
  • ⏺Bantuan Latihan Perantis
  • ⏺Bantuan Geran Pelancaran
  • ⏺Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan
  • ⏺ Tabung Bantuan Segera 

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 - jadual kesembilan Senarai Perundangan.

CARA MELAKUKAN PERMOHONAN BAHARU

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Pastikan anda dapatkan/downlond borang di pautan biru iaitu Borang Permohonan Online



Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.


Borang Yang Berkaitan

JKM 18 (Borang Permohonan Online) (Klik disini untuk muat turun)
Borang Kemaskini Maklumat JKM 20 (Klik disini untuk muatturun)

No comments:

Post a Comment