Bantuan Prihatin Nasional 2.0 Agihan Hujung Oktober 2020 & Januari 2021


Bantuan Prihatin Nasional 2.0

Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun menghebahkan mengenai senarai terkini bantuan tambahan oleh kerajaan akibat pandemik Covid-19. Berikut maklumat terkini tentang pemberian dana tambahan melalui Bantuan Prihatin Nasional atau BPN 2.0.

Kadar bantuan adalah seperti yang tertera

RM1,000 untuk B40
RM500 untuk B40 bujang
RM600 untuk M40
RM300 untuk M40 bujang

Bayaran akan dibuat sebanyak dua kali dan akan dikreditkan pada hujung Oktober dan bayaran kedua pada Januari 2021.

Bagi kategori penerima B40 pula, bantuan sebanyak RM700 akan disalurkan pada Oktober manakala bakinya iaitu RM300 disalurkan pada Januari 2021.

INFOGRAFIK BANTUAN PRIHATIN NASIONAL 2.0



CARA MENGEMASKINI BPN 2.0

Anda perlu layari portal rasmi BPN : https://bpn.hasil.gov.my/
Tekan butang LOG MASUK pada bahagiam MENU sebelah kanan.
Masukkan ID Pengguna iaitu Nombor Kad Pengenalan
Tekan butang semak
Anda telah dapat Log Masuk ke dalam sistem anda
Klik butang Papar Borang untuk melihat dan menyemak maklumat terperinci yang telah didaftarkan. Anda akan lihat :
Nama
Kad Pengenalan
Status Permohonan
Jumlah Keseluruhan BPN
Maklumat Pendapatan
Selepas Papar Borang, klik butang Kemaskini
Sila buat kemaskini jika terdapat maklumat yang perlu diubah.Maklumat Lanjut & Pertanyaan BPN 2.0

Setakat ini, tiada permohonan perlu dibuat. Kerajaan melalui kementeriannya akan menyalurkan secara terus kepada penerima yang telah pun lulus sebelum ini. Rayuan dan permohonan baru boleh dibuat kemudian.

KEMASKINI MAKLUMAT & MOHON BPN 2.0

Memandangkan bahawa platform kemaskini masih lagi menggunakan portal rasmi https://bpn.hasil.gov.my/, maka tidak ada perbezaan dengan proses update seperti sebelum ini.

Secara amnya, berikut adalah beberapa perkara yang anda kemaskini :

NOMBOR AKAUN BANK TERKINI
- Contohnya, dulu guna Bank Islam untuk terima pembayara. Tapi anda sudah tutup Bank Islam tersebut atas sebab-sebab tertentu. Maka, anda perlu gantikan ke akaun bank baharu anda

STATUS PERKAHWINAN TERKINI
- Jika anda sudah berkahwin, jangan lupa kemaskini BPN 2.0 jika status dalam sistem masih bujang. Jika anda sudah bercerai, anda juga perlu kemaskini BPN 2.0 jika status asal masih berkahwin.

NOMBOR TELEFON TERKINI
- Jika anda telah menukar nombor telefom, anda juga perlu kemaskini dalam portal BPN.

Sekiranya anda gagal atau tidak kemaskini untuk BPN 2.0, kemungkinan terdapat beberapa maklumat anda tidak terima yang dihantar melalui SMS atau Panggilan ke nombor lama tersebut.

MAKLUMAT ANAK TERKINI
- Jika jumlah anak bertambah, contohnya dari 1 kepada 2 orang anda juga perlu mengemaskini.

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) melalui mana-mana talian berikut :

03-8882 9089/9087/9191/4565/4566

Post a Comment

0 Comments