Mereka Bergaji RM1,000 Tanpa Slip Gaji Pun Boleh Nikmati Rumah SJKP 2020! - eSemakan

Breaking

Join Telegram Rasmi Kami

Daftar Email Untuk Dapatkan Update Info Jawatan Kosong Terkini.

Saturday, September 5, 2020

Mereka Bergaji RM1,000 Tanpa Slip Gaji Pun Boleh Nikmati Rumah SJKP 2020!

SJKP 2020

Mohon Rumah Skim Jaminan Kredit Perumahan 2020 (SJKP)


Pekerja yang bergaji RM1,000 dan tidak mempunyai slip gaji boleh memiliki rumah sendiri melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan 2020 (SJKP)

Apakah Itu Skim Jaminan Kredit Perumahan 2020 (SJKP)?
Skim Jaminan Kredit Perumahan 2020 (SJKP) merupakan satu skim perumahan yang terbuka kepada warganegara Malaysia yang tidak mempunyai pendapatan tidak tetap. Skim ini juga merangkumi pembelian rumah kos rendah dan sederhana sama ada sedang dibina atau telah siap, rumah sedia ada daripada terjual atau lelongan.

Anda boleh semak kelayakan permohonan seperti :


SYARAT KELAYAKAN
  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas
  2. Berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dll atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM300.0 juta yang pertama sahaja). Pinjaman bersama dibenarkan.
  3. Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami.
  4. Pembelian rumah kediaman baru/didalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.
  5. Pendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan.
  6. Mesti bermastautin di dalam lingkungan 20km daripada cawangan institusi kewangan tempat permohonan dibuat.
  7. Pembayaran bulanan kesemua pinjaman < 65% daripada pendapatan kasar.
  8. Rekod tunggakan CCRIS < 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.
  9. Tiada rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.SJKP tidak menjamin pembiayaan perumahan untuk pembinaan rumah di atas tanah sendiri.

PENTING : Permohonan mestilah dibuat dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terlibat dengan skim ini. BUKAN SECARA TERUS ke pejabat SJKP Berhad.

Senarai Institusi KewanganBerikut adalah senarai institusi yang terlibat dengan SJKP ialah :
  1. Affin Bank, Affin Islamic
  2. Maybank, Maybank Islamic
  3. Alliance Bank, Alliance Islamic Bank
  4. Bank Muamalat
  5. Bank Rakyat
  6. Agro Bank
  7. AmBank Group, AmIslamic Bank
  8. Bank Islam BSN
  9. Hong Leong Bank
  10. Hong Leong Islamic Bank
Proses Permohonan


Anda juga perlu mengetahui proses-proses permohonan skim ini seperti :

  • Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli atau resit bayaran tempahan.
  • Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga.
  • Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF. Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau rumah geran tanah (untuk aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli,
  • Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.
  • Permohonan bukan secara terus ke pejabat SJKP Berhad tetapi dilakukan di cawangan institusi kewangan yang menyertai skim ini.
  • Maklumat & Pertanyaan
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP), anda boleh hubungi mereja di saluran berikut :

Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (798619-K)
Tingkat 12, Bangunan Setia 1,
15 Lorong Dungun, Bukit Damansara,
50490 Kuala Lumpur
Telefon : 03-2096 5000
Faks : 03-2096 5090
Emel : enquiry@sjkp.com.my

Baca soalan lazim di laman web rasmi SKJP DI SINI.

2 comments: