Info Bantuan
Geran Khas Prihatin 2.0 : Panduan Permohonan Dan Semakan Status Kelayakan GKP 2.0
Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro haruslah membuat permohonan
agar dapat meringankan beban semasa PKPDB dilaksanakan. Permohonan ini
dibuka semula kerana ramai lagi yang masih belum menerima bantuan Geran Khas
Prihatin 2.0. Harus diingatkan bahawa permohonan BPN dan BSH adalah
berlainan. Oleh itu eSemakan akan kongsikan bagaimana cara untuk
membuat permohonan Geran Khas Prihatin 2.0.
GKP adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada
Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi
meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan
produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.
SIAPAKAH YANG LAYAK MEMOHON GKP?
Mereka yang memohon GKP perlu memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:
Mereka yang memohon GKP perlu memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:
- Bukan penerima GKP sebelum ini
- Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia
Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro
seperti berikut:
- Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000
- Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan Berdaftar dengan agensi-agensi berikut Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020
- Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020; dan Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.
BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MEMOHON GERAN KHAS PRIHATIN?
Tarikh Permohonan GKP dibuka mulai 1-31 Oktober 2020 (1 bulan).
Jumlah nilai bantuan GKP adalah RM3,000 secara one-off
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my) yang disediakan oleh LHDNM. Permohonan secara manual tidak akan diterima.
Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan mulai 15 November 2020.
Pembayaran dijangka akan dibuat bermula 25 November 2020.

KEPADA YANG TERLEPAS INFO SYARAT KELAYAKAN GKP 2.0 : Sila Rujuk
Disini
Post a Comment
0 Comments