Info Semasa
Pengeluaran KWSP: i-SINAR Membolehkan Ahli Yang Terkesan Mengakses Akaun 1 Dengan Amaun Pendahuluan Maksimum Sehingga RM60,000
RASMI: PERMOHONAN PENGELUARAN AKAUN-1
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Alias, berkata bagi ahli yang
mempunyai simpanan dalam Akaun 1 di bawah RM90,000, mereka boleh memohon
pendahuluan hingga RM9,000, lapor Berita Harian.
Katanya, permohonan boleh dibuat bermula Disember 2020.
“Seramai dua juta ahli akan menerima manfaat ini dengan anggaran RM14 bilion. KWSP akan memberikan pendahuluan kepada ahli yang terjejas. Jumlah yang diberikan itu perlu dibayar semula apabila mereka sudah mendapat pekerjaan dan mula kembali mencarum. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala selama enam bulan” – Tunku Alizakri Alias
Manakala bagi baki simpanan Akaun 1 yang melebihi RM90k, bayaran pendahuluan bulan pertama adalah semaksimum RM10k.
Untuk maklumat lanjut, rujuk kepada jadual yang disediakan di bawah.
Berikut merupakan kenyataan penuh KWSP:


Post a Comment
1 Comments
Albertcraig87@gmail.com
ReplyDelete