Rumah Mesra Rakyat SPNB: Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2020 Online (SPNB) Kini Dibuka Semula




Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2020 Online (SPNB). Anda ingin memiliki rumah sendiri? Berikut adalah panduan buat anda golongan yang berpendapatan rendah yang ingin memiliki rumah idaman sendiri.

Untuk pengetahuan semua , Syarikat Perumahan Negeri Berhad (SPNB) telahpun mewujudkan satu skim perumahan untuk rakyta Malaysia yang diberi nama Rumah Mesra Rakyat Plus RMRPLUS. Tujuan skim ini adalah untuk membantu mereka yang dikategorikan golongan berpendapatan rendah (B40) yang tidak mempunyai rumah. Jika anda rasa diri anda layak untuk memohon , anda boleh melakukan permohonan Rumah Mesra Rakyat Plus SPNB secara atas talian.

MUKADIMAH

Untuk pengetahuan am anda, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) merupakan sebuah syarikat dibawah naungan Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang telah ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 bagi tujuan menyediakan rumah mampu milik yang berkualiti kepada rakyat di Malaysia . Pada tahun 2018, SPNB telahpun diletakkan di bawah pengurusan atau diselia dibawah naungan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

OBJEKTIF PROGRAM

Program/ Skim ini ditubuhkan adalah dengan tujuan membantu mereka yang dikategorikan sebagai golongan berpendapatan rendah seperti nelayan , petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di sebuah rumah yang usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

CARA PERMOHONAN

Berikut dikongsikan maklumat tentang Rumah Mesra Rakyat SPNB termasuk memaparkan syarat kelayakan , ciri perumahan dan aplikasi permohonan :

Syarat Kelayakan Rumah Mesra Rakyat SPNB

Antara syarat-syarat kelayakan Rumah Mesra Rakyat adalah seperti berikut :

● Warganegara Malaysia
● Berumur 18 tahun ke atas
● Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000


Cara Permohonan Rumah Mesra Rakyat SPNB Online

1. Untuk permohonan anda boleh dapatkan borang permohonan dengan melayari ke laman web http://spnb.com.my/
2. Lengkapkan borang permohonan dan hantar ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan .
Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.
No. Tel: 03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)
Emel: aduan@spnb.com.my
No. Faks: 603-2681 0170

Penafian : Laman web Semakan Kerjaya tiada sebarang kaitan dengan pihak kerajaan atau Syarikat Perumahan Negara Berhad . Postingan ini hanya untuk informasi sahaja bagi memudahkan permohonan anda.

Sebarang pertanyaan tentang Rumah Mesra Rakyat , sila layari ke laman web rasmi di http://www.spnbmesra.com.my/ 

Semoga dengan adanya skim perumahan ini dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan dapat memiliki rumah idaman mereka sendiri .

*untuk lebih info tentang jawatan kosong , info semasa , bantuan kerajaan dan banyak lagi info menarik pastikan anda mengikuti chanel telegram : https://t.me/semakanMy

Post a Comment

0 Comments