Skim mySalam: Berikut Adalah Panduan Untuk Memohon Bantuan Kewangan RM700 Bagi Golongan B40


PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN RM700 BAGI GOLONGAN B40

mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.

Kerajaan menyediakan mySalam untuk sebuah skim pelindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.

KELAYAKAN UNUTK MEMOHON mySalam

Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-
  • Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
  • Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  • Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

Manfaat Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :-
  • Penyakit kritikal RM8,000 + hospitalisasi RM50 untuk maksimum 14 hari.

INFO TAMBAHAN : Kepada sesiapa yang dikenakan tempoh kuarantin, anda boleh claim mySalam sebanyak RM50 untuk sehari (minimum claim sehari maximum 14 hari)

PERMOHONAN SKIM MYSALAM



  • Layari www.mysalam.com.my
  • masukan kad pengenalan tanpa(-)
  • klik semak
  • di Bawah ada dia nyatakan tu LAYAK ATAU TIDAK LAYAK.
Jika layak, ada 2 cara untuk menuntut duit mySalam



CARA PERTAMA 

TUNTUTAN MELALUI ONLINE
  1. log masuk ke portal https://www.mysalam.com.my/b40/public/
  2. Kalau belum daftar my salam sila daftar dahulu.klik LOG MASUK KALI PERTAMA dan ikut step yg di arahkan.
  3. kalau suda daftar dia minta pengesahan no telefon.Jikalau no telefon sudah tidak boleh digunakan , sila kol talian bantuan. Dorg akan bantu reset pasword. Lepas reset password log masuk TETAPKAN PASSWORD BARU
  4. KEMASKINI PROFILE.
  5. KEMASKINI PROFILE baru la kamu klik TUNTUTAN➡️PENYERAHAN TUNTUTAN➡️TUNTUTAN HOSPITALISASI➡️MASUKKAN TARIKH MULA KUARANTIN DAN TAMAT KUARANTIN➡️PILIH NON PANEL UNTUK(NAMA HOSPITAL)➡️ MUAT NAIK COPY IC➡️MUAT NAIK BORANG ANNEX 14&17( contoh borang anex 14 dan 17 ada dalam gambar)
  6. HANTAR
  7. Selepas hantar, sila tunggu keputusan

CARA KEDUA
  1. Boleh pergi ke mana2 kiosk MYSalam
  2. bawa copy Ic dan borang Annex 14&17. Kalau area LABUAN, kiosk mySALAM di hospital Nukleusb(bersebelahan dengan Atm bank rakyat tu).
  3. Serahkan saja document dikiosk sana, nt dorg bantu key in kan.
  4. untuk di tempat-tempat lain, boleh hubungi no tel mySalam seperti di bawah

TALIAN BANTUAN

Telefon : 1-300-88-8938
Email : info@mysalam.com.my

Post a Comment

0 Comments