Info KWSP: Lakukan Janji Temu Online Sebelum Anda Berurusan di Kaunter KWSP. Fahami Panduan Yang Telah Disediakan

Janji Temu KWSP


Bermula pada 1 Julai 2020 lalu, Kaunter Perkhidmatan KWSP akan beroperasi hanya menggunakan konsep janji temu yang perlu di mohon secara online terlebih dahulu.

Hanya ahli yang telah membuat temujanji / appointment sahaja yang dapat berurusan di bahagian kaunter KWSP.

Jadi kepada anda yang ingin berurusan menerusi kaunter, anda perlu membuat temujanji terlebih dahulu.

Sila rujuk panduan di bawah

CARA ISI BORANG JANJI TEMU ONLINE KWSP SEPANJANG PKPB

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Janji Temu KWSP termasuk memaparkan waktu operasi, senarai perkhidmatan dan cara permohonan :

MAKLUMAT JANJI TEMU ONLINE KWSP

● Operasi Kaunter Perkhidmatan KWSP

Kaunter Perkhidmatan KWSP akan beroperasi mulai hari Rabu, 6 Mei 2020 berkonsepkan janji temu yang boleh dimohon melalui www.kwsp.gov.my dan klik pada pautan Janji Temu Online.

● Waktu operasi kaunter

9.00 pagi hingga 4.00 petang pada hari bekerja.

● Penutupan awal operasi kaunter

Waktu penutupan awal operasi kaunter adalah kerana KWSP menekankan perkhidmatan penting kepada ahli di samping menyahut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia agar mematuhi saranan penjarakan sosial serta meminimumkan sentuhan secara terus.

PERKHIDMATAN YANG TERSENARAI DALAM JANJI TEMU ONLINE

Perkhidmatan kaunter yang boleh dibuat melalui Janji Temu Online KWSP adalah seperti berikut:

(a) Pengeluaran Umur 50 tahun
(b) Pengeluaran Umur 55 tahun
(c) Pengeluaran Umur 60 tahun
(d) Pengeluaran Kesihatan

Selain pengeluaran di atas, Ahli juga boleh menggunakan saluran dalam talian (i-Akaun Ahli) untuk membuat permohonan pengeluaran dengan melayari portal kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals

Tempoh untuk membuat permohonan melalui Janji Temu Online

Ahli KWSP boleh memohon melalui Janji Temu Online seawal-awalnya 14 hari bekerja dan selewat-lewatnya 1 hari bekerja (24 jam)* sebelum tarikh yang ditetapkan, tertakluk kepada kekosongan slot janji temu pada tarikh dan waktu tersebut.

Sebagai contoh, Sekiranya Ahli membuat permohonan melalui Janji Temu Online pada hari Rabu, tarikh paling awal yang Ahli boleh memilih untuk hadir ke cawangan KWSP adalah pada hari Ksamis atau pada hari-hari selepasnya, bergantung kepada kekosongan slot janji temu pada tarikh dan masa yang ingin dipohon.

CARA MOHON JANJI TEMU ONLINE KWSP

Cara 1

1. Bagi anda yang nak mohon Janji Temu Online KWSP boleh dimohon melalui portal www.kwsp.gov.my dan klik pada pautan Janji Temu Online.

2. Pilih ‘Cawangan’ dikehendaki.

3. Pilih ‘Jenis’ dan ‘Tarikh’ untuk janji temu.

4. Kemudian, pilih ‘Masa’ dan tekan ‘Pilih Slot’.

5. Isikan maklumat peribadi dengan lengkap.

6. Pastikan semua kotak ditandakan.

7. Baca dan fahami ‘PERAKUAN PEMOHON‘.

8. Tekan ‘BUAT JANJI TEMU‘.

9. Status permohonan akan dipaparkan.



Cara 2

Menghubungi Pusat Panggilan Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000.

Saranan KWSP:
  • Ahli disarankan untuk hadir sekurang-kurangnya 10 minit lebih awal dari masa yang ditetapkan pada tarikh janji temu.
  • Ahli disarankan agar sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan berikutan langkah untuk membasmi COVID-19 seperti menjalani saringan suhu badan, pemakaian pelitup muka, mengamalkan penjarakan sosial dan menggunakan hand sanitiser.
  • Ahli juga dikehendaki untuk mendaftar (check-in) dengan mengimbas QR code menggunakan aplikasi MySejahtera.
Waktu Operasi Kaunter KWSP

1. Kaunter
8:30 pagi sehingga 4:30 petang pada hari bekerja sahaja.

2. Khidmat Nasihat Perasaan (RAS)
9:00 pagi sehingga 4:00 petang pada hari bekerj sahaja.
Mesti Buat Temujanji Selewat-Lewatnya 1 Jam Sebelum

Ahli boleh membuat permohonan temujanji seawal 30 hari dan selewatnya 1 jam sebelum masa janji temu tetapi bergantung kepada slot kekosongan slot pada tarikh dan waktu yang dimohon.

Post a Comment

0 Comments