Info Semasa
i-Sinar KWSP: Ketahui 2 Kategori Yang Layak Untuk Melakukan Pengeluaran Akaun 1 & Tarikh Untuk Melakukan Permohonan
KWSP dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, Kategori 1 melibatkan
mereka yang bekerja di sektor formal, yang bekerja sendiri, yang bekerja di
dalam sektor ekonomi gig, sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan, suri
rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.
Pemohon kategori tersebut katanya, boleh mula membuat permohonan secara
dalam talian pada 21 Disember ini, dengan pembayaran kepada ahli yang
layak akan dibuat pada pertengahan Januari 2021.
Sementara, pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi, kata KWSP.
Jumlah kelayakan i-Sinar tertakluk kepada baki simpanan Akaun 1 ahli berdasarkan butiran terkini seperti berikut:
KATEGORI 1
- ● Kategori 1 adalah ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan
- ● Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30 peratus dan ke atas selepas Mac 2020.
- ● Bagi kategori ini tiada dokumen sokongan diperlukan dan Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP
KATEGORI 2
- ● Pemohon boleh membuat permohonan bermula pada 11 Januari 2021.
- ● Kategori ini adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas.
- ● Ia termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.
- ● Untuk melancarkan proses pengesahan, KWSP memerlukan dokumen sokongan daripada ahli iaitu slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan.
- ● Notis pemberhentian atau pemotongan elaun atau tuntutan kerja lebih masa.
Menurut KWSP lagi, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli
dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat.
Sementara, pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi, kata KWSP.
Jumlah kelayakan i-Sinar tertakluk kepada baki simpanan Akaun 1 ahli berdasarkan butiran terkini seperti berikut:
a. Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun
1 boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000.
Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam
bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.
b. Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam
Akaun 1 boleh membuat pengeluaran maksimum 10% atau RM60,000 (yang
mana lebih rendah) daripada Akaun 1.
Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam
(6) bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000
Post a Comment
0 Comments