i-Sinar KWSP: Semakan Status Permohonan i-Sinar KWSP Januari 2021 (Kategori 1)

semakan i-sinar
Semakan i-Sinar

Permohonan i-Sinar telah pun dibuka pada 21 Disember 2020 yang lalu. Akan tetapi, permohonan baharu tersebut hanya dibuka bagi mereka yang berada didalam kelompok kategori 1 sahaja.

Untuk kategori 2 pula, permohonan akan dibuka pada 11 Januari 2021 selama 6 bulan.

Seperti yang telah dinyatakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), semakan status permohonan boleh mula dibuat pada 4 Januari 2021.


Semakan tersebut akan membolehkan para pemohon mengetahui sama ada permohonan diluluskan oleh pihak KWSP atau tidak.

Bermula 4 Januari 2021, semakan status boleh mula dibuat pada laman web isinar.kwsp.gov.my


Cara Semakan Status i-Sinar KWSP

Cara semakan adalah seperti berikut:
● Layari isinar.kwsp.gov.my
● Masukkan maklumat anda seperti nama dan juga nombor telefon yang telah didaftarkan.
● Klik semak.

Status permohonan anda akan dipaparkan.


Jika anda berjaya,pembayaran pertama yang anda telah setkan ketika membuat permohonan akan dikreditkan bermula 11 Januari 2021.

Jika anda tidak berjaya, sama-sama kita tunggu jika pihak KWSP menyediakan kemudahan untuk membuat rayuan.

Post a Comment

0 Comments