Info Bantuan
Bantuan Komputer Riba, Tablet, dan Sambungan Data Untuk Murid Dari Kalangan Keluarga B40.
Inisiatif ini melibatkan sumbangan bernilai RM150 juta daripada 13
GLCs/GLICs mewakili syarikat dibawah Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”),
Yayasan Petronas, Permodalan Nasional Berhad (“PNB”), dan Kumpulan Wang
Simpatan Pekerja (“KWSP”).
CABARAN PENDIDIKAN
- Penutupan sekolah sejak pertengahan Mac 2020 telah mengganggu proses pembelajaran 4.9 juta murid-murid di seluruh negara. Walaupun pembelajaran dalam talian adalah suatu proses yang berterusan, penularan wabak COVID-19 jelas meningkatkan keperluan penggunaan teknologi digital.
- Namun, akses pendidikan dalam talian terbukti menjadi cabaran - hasil kaji selidik KPM yang melibatkan 900,000 murid menunjukkan 37% daripada mereka tidak mempunyai peranti yang sesuai di rumah. Pemilikan peranti yang rendah menjadikan pelaksanaan pembelajaran dalam talian agak mencabar.

OBJEKTIF-OBJEKTIF CERDIK
CERDIK bertujuan untuk merapatkan jurang digital pembelajaran dalam norma
baru ini serta membolehkan akses pembelajaran kepada murid sekolah yang
memerlukan.
Empat objektif kami ialah:
- Untuk menyediakan peranti, akses dan sambungan data kepada murid sekolah yang terpinggir.
- Untuk membolehkan murid memperolehi pembelajaran dalam talian semasa penutupan sekolah dan juga pengalaman pembelajaran digital untuk masa depan apabila sekolah dibuka semula.
- Untuk merapatkan jurang pembelajaran antara mereka yang mampu membeli peranti digital dengan mereka yang tidak berkemampuan.
- Mempelopori model pembelajaran digital oleh KPM untuk penggunaan masa depan.
GARIS MASA
Komputer riba, komputer tablet, dan sambungan data akan diedarkan mulai
Februari 2021 sehingga selesai.
NEGERI MANA YANG TERPILIH
Buat masa ini, negeri-negeri terpilih adalah Kedah, Kuala Lumpur, Selangor,
Johor, Kelantan, Sabah, dan Sarawak. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
telah mengenal pasti negeri-negeri tersebut berdasarkan data penduduk B40 di
negara untuk membantu masyarakat miskin bandar dan luar bandar.
BAGAIMANA SEKOLAH DAN MURID TERPILIH
SEKOLAH :
● Pemilihan sekolah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah
berdasarkan pendapatan isi rumah dan tahap akademik murid.
● Sekolah-sekolah tersebut haruslah berada dalam kawasan yang mempunyai
capaian internet sedia ada,
● Serta berada dalam lingkungan jarak yang wajar antara satu sama lain bagi memudahkan pelaksanaan program dan penyaluran khidmat sokongan.
● Serta berada dalam lingkungan jarak yang wajar antara satu sama lain bagi memudahkan pelaksanaan program dan penyaluran khidmat sokongan.
PEMILIHAN MURID:
● Murid yang berkelayakan adalah mereka yang terpinggir dari kohort terpilih
oleh KPM (B40, ibu bapa tunggal, berkeperluan khas, Orang Asli),
● Dari isi rumah dengan pendapatan bawah RM4,849 / bulan, dan tidak mempunyai akses pembelajaran atas talian pada masa ini.
● Dari isi rumah dengan pendapatan bawah RM4,849 / bulan, dan tidak mempunyai akses pembelajaran atas talian pada masa ini.
PERANTI APA YANG AKAN DITERIMA
Sekolah terpilih akan menerima komputer riba (i3 atau setara) atau iPad.
Peranti ini akan dibekalkan dengan tempoh jaminan sekurang-kurangnya 12
bulan.
BAGAIMANA PERANTI AKAN DIEDARKAN
Prosedur bagi pinjaman peranti di bawah inisiatif CERDIK adalah mirip
kepada Skim Pinjaman Buku Teks. Pakej peranti dan sambungan data akan
disumbangkan kepada sekolah yang bertanggungjawab menguruskan pinjaman
kepada murid yang layak.
PERLUKAH IBU BAPA MEMBUAT PERMOHONAN
CERDIK merupakan projek rintis e-learning di mana peranti akan diedarkan
kepada murid-murid dari kohort terpilih di sekolah-sekolah terpilih oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dan bukannya melalui proses
permohonan. Murid yang layak serta ibu bapa mereka akan dimaklumkan sebelum
tarikh pengagihan.
MAKLUMAT LANJUT RUJUK DISINI -
https://www.cerdik.org/ms/#
Post a Comment
0 Comments