BPR2021
Semak Online Tarikh Pengkreditan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 1 Mengikut Akaun Bank
Kerajaan telah mengumumkan pembayaran BPR Fasa 1 dipercepatkan daripada
bulan Mei kepada penghujung Februari 2021.
Disini kami kongsikan tarikh penting pengkreditan BPR Fasa 1 kedalam
akaun pemohon mengikut bank-bank tempatan dan beberapa maklumat lain
yang berguna.
Bagaimana Dengan Status Para Pemohon Baru?
Bagi pemohon baru, mereka hendaklah menunggu selepas 25 Februari ini
untuk membuat semakan kelulusan permohonan mereka.
Tarikh Pembayaran Mengikut Bank-Bank Tempatan
Anda perlu faham bahawa pembayaran ini akan dilakukan secara
berperingkat-peringkat. Justeru itu anda perlu bersabar dan menunggu
pembayaran ini.
Kami kongsikan kepada anda tarikh-tarikh penting pembayaran di beberapa
bank yang telah pun dikreditkan lebih awal dan akan dikreditkan kemudian
mengikut tarikh pengkreditan.
1) Maybank
Sudah dikreditkan pada 23 Februari 2021
2) Bank Simpanan Nasional
● Sudah dikreditkan pada 22 Februari 2021
3) Bank Islam
● Sudah dikreditkan pada 23 Februari 2021
4) CIMB Bank
● Sudah dikreditkan bermula 24 Februari 2021
5) RHB Bank
● Sudah dikreditkan bermula 24 Februari 2021
6) Affin Bank/Public Bank/Agro Bank/Bank Muamalat dan lain-lain
bank
● Sudah dikreditkan bermula 24 Februari 2021
Tambahan
Tarikh pengkreditan BPR ini adalah berdasarkan pemerhatian dan
perkongsian para pemohon-pemohon BPR di media sosial. Semoga membantu
anda untuk menyemak akaun anda daripada semasa ke semasa.
Kenyataan Media Rasmi BPR 2021 Oleh Menteri Kewangan
Jumlah Pembayaran BPR 2021
Isi Rumah
● 4.4 Juta Penerima
● RM300 Setiap Penerima
● RM300 Setiap Penerima
Individu Bujang
● 4.05 Juta Penerima
● RM150 Seorang
● RM150 Seorang
Permulaan Tarikh Pembayaran
Isi Rumah dan Individu Bujang
● 24 Februari 2021
● Terus dikreditkan ke dalam akaun bank
Penerima Yang Tidak Mempunyai Akaun Bank
● 25 Februari 2021
● Melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
● Melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
Penerima di Sabah dan Sarawak Tanpa Akaun Bank
● 1 Mac Sehingga 1 April 2021
● Lokasi-lokasi akan diumumkan kelak, bersekali dengan pembayaran BPN 2.0
● Lokasi-lokasi akan diumumkan kelak, bersekali dengan pembayaran BPN 2.0
Pembayaran Fasa 1 Dipercepatkan
● Pembayaran Fasa 1 BPR dibuat kepada penerima BSH 2020 dan BPN 40 yang
telah diluluskan sebelum ini.
● Pembayaran Fasa 1 ini dipercepatkan daripada bulan Mei kepada
penghujung Februari 2021 bagi membantu kelangsungan hidup rakyat
terutamanya golongan mudah terjejas dan pekerja yang bergantung kepada
upah harian.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut boleh dirujuk melalui Soalan Lazim (FAQ) yang telah
dimuat naik di portal rasmi BPR iaitu
https://bpr.hasil.gov.my.
Post a Comment
0 Comments