info BPR: Permohonan dan Semakan Bantuan Prihatin Rakyat dibuka sehingga 15 Februari 2021

bantuan prihatin rakyat 2021



Bantuan Prihatin Rakyat adalah bantuan kewangan yang menggantikan BSH. Bantuan ini akan membantu golongan isi rumah dan bujang yang berada di dalam golongan B40 dan M40. Bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM350 hingga RM1800.Ianya bergantung kepada pendapatan dan juga bilangan anak.

Permohonan dan juga semakan akan mula dibuka pada 15 Januari 2021 sehingga 15 Februari 2021.



Syarat Kelayakan BPR 2021



Jumlah Bantuan BPR 2021



Panduan Mengisi Borang BPR 2021



Isikan semua maklumat yang diminta pada borang permohonan anda. Semasa memasukkan no mykad, klik semak untuk mengetahui jika maklumat anda terdapat pada data atau tidak.



Muat naik /hantar dokumen sokongan anda melalui fungsi yang disediakan . Dokumen sokongan yang boleh dihantar adalah;
– Sijil kahwin
– Sijil cerai / kematian pasangan
– Pengesahan pasangan
– Pengesahan Bank

Kemudian isikan maklumat wakil jika mempunyai wakil, dan letak tiada wakil jika tidak ada.




Anda akan diminta untuk mengesahkan bahawa semua maklumat yang dimasukkan adalah betul dan klik hantar jika semuanya betul.

Semakan Status

Semakan boleh dilakukan dengan login ke https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login

Masukkan no kad pengenalan dan katalaluan anda.

Antara perkara yang dijelaskan semasa pembentangan Bajet 2021 adalah;
● 8.1 juta orang menerima manfaat.
● Sebanyak RM6.5 bilion telah diperuntukkan.

Pada bantuan kali ini, antara yang berbeza adalah, jika ketika bantuan BSH bujang, had umur yang diberikan adalah 40 tahun hingga 59 tahun. Pada kali ini, BPR bujang menurunkan had umur kepada 21 tahun hingga 59 tahun.

Perkara ini dilihat sedikit rasional, ini kerana bilangan bujang berumur 40 tahun ke atas adalah sedikit berbanding golongan ini yang berumur 21 tahun ke atas.

Post a Comment

0 Comments