Info Bantuan
GKP 3.0: Permohonan RM1000 One-off Untuk PKS (Mulai 1 April 2021)
Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) merupakan
inisiatif terbaharu kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas
akibat pandemik Covid-19.
Pada 17 Mac 2021, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah
mengumumkan Geran Khas Prihatin 3.0 (GKP 3.0) menerusi perutusan khas
secara langsung di televisyen dan media sosial.
Umum beliau, setiap perusahaan mikro dan Perusahaan Kecil dan Sederhana
(PKS) yang layak akan menerima bantuan one-off sebanyak RM1,000.
Berikut adalah maklumat lanjut tentang GKP 3.0 yang akan dibuka tidak
lama lagi.
Apakah Geran Khas Prihatin
GKP atau Geran Khas Prihatin adalah bantuan kewangan secara one-off
kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi
meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti
pengeluaran dan perkhidmatan.
GKP 1.0 dan GKP 2.0 telah diperkenalkan sejak COVID19 melanda negara
tahun lalu.
GKP Tambahan dan GKP PERMAI juga telah diumumkan sebagai inisiatif
membantu lebih ramai usahawan yang terjejas akibat pandemik.
GKP 3.0 telah diumumkan oleh Perdana Menteri melalui Perutusan Khas
PEMERKASA pada 17 Mac 2021.
Geran ini dijangka memanfaatkan lebih sejuta usahawan.
Syarat Kelayakan
GKP 3.0 dikhaskan bagi PKS yang tidak pernah menerima bantuan Geran Khas
Prihatin sebelum ini.
Antara kelayakan umum Geran Khas Prihatin adalah:
● Bukan penerima GKP sebelum ini; dan
● Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
● Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
● Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
- i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
- ii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan
- i. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
- ii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Tarikh Permohonan GKP 3.0
Permohonan bagi GKP 3.0 akan dibuka mulai 1 April 2021.
Cara Permohonan GKP 3.0
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP
(https://gkp.hasil.gov.my) yang
disediakan oleh LHDNM mulai tarikh yang diumumkan nanti.
Permohonan secara manual tidak akan diterima.
Kaedah Bayaran
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang
didaftarkan pada permohonan.
Akaun bank mestilah aktif.
Pemohon perlu mempunyai akaun bank simpanan/semasa kerana
pembayaran GKP hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja.
pembayaran GKP hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja.
Baca juga: Rumah Mesra Rakyat SPNB: Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2021 Online
(SPNB) Kini Dibuka Semula
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan mengenai status semakan kemaskini GKP boleh hubungi
Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar
Negara).
Anda juga boleh berhubung dengan pihak LHDN melalui:
● HASiL Live Chat:
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.
● Facebook Rasmi LHDNM – https://www.facebook.com/LHDNM,
● Twitter rasmi LHDNM https://twitter.com/LHDNMofficial
● Facebook Rasmi LHDNM – https://www.facebook.com/LHDNM,
● Twitter rasmi LHDNM https://twitter.com/LHDNMofficial
Post a Comment
0 Comments