Rumah Mesra Rakyat SPNB: Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2021 Online (SPNB) Kini Dibuka Semula


Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2021 Online (SPNB). Anda ingin memiliki rumah sendiri? Berikut adalah panduan buat anda golongan yang berpendapatan rendah yang ingin memiliki rumah idaman sendiri.

Untuk pengetahuan semua , Syarikat Perumahan Negeri Berhad (SPNB) telahpun mewujudkan satu skim perumahan untuk rakyta Malaysia yang diberi nama Rumah Mesra Rakyat Plus RMRPLUS. Tujuan skim ini adalah untuk membantu mereka yang dikategorikan golongan berpendapatan rendah (B40) yang tidak mempunyai rumah. Jika anda rasa diri anda layak untuk memohon , anda boleh melakukan permohonan Rumah Mesra Rakyat Plus SPNB secara atas talian.

RUMAH MESRA RAKYAT (RMR)

Skim Rumah Mesra Rakyat atau RMR merupakan bantuan untuk membuat rumah (subsidi kerajaan) terutamanya untuk golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Dengan kata lain, rumah ini sesuai untuk golongan B40 dan M40 (M1).

Skim ini boleh dimohon oleh semua rakyat Malaysia termasuk yang tinggal di Sabah, Sarawak dan juga Labuan.

Rumah yang ditawarkan adalah berkonsepkan 1 tingkat dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air.

Harganya yang ditawarkan juga sangat murah berbanding di luar dimana dengan keluasan rumah 1000 kps hanya berharga RM75,000 sahaja.

Syarat Kelayakan Rumah RMR
  • Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM5,000
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
  • Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik tanah tersebut
  • Mempunyai tanah yang berkeluasan tidak kurang daripada 3,600 kps (mengikut rekabentuk)
  • Tertakluk kepada peruntukan kewangan pemohon
Pemohon kedua diperlukan sekiranya umur 42 tahun (untuk semenanjung) dan 38 tahun (Sabah, Sarawak dan kawasan pulau).

Baca: Permohonan Bantuan Persekolahan KPM

Pelan & Harga Rumah Mesra Rakyat

Harga Rumah Mesra Rakyat Semenanjung




Pelan Rumah Mesra Rakyat Semenanjung




Harga Rumah Mesra Rakyat Sabah/Sarawak




Pelan Rumah Mesra Rakyat Sabah/Sarawak



Permohonan Rumah Mesra Rakyat

Berikut adalah cara untuk memohon RMR ini:

#1 BUKA LAMAN WEB

Pergi ke portal rasmi SPNB – http://rmr.spnbonline.com.my

#2 KLIK PENDAFTARAN BARU

Klik pada Pendaftaran Baru. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap. Alamat email yang diberikan akan dijadikan login ID nanti.

#3 PENERIMAAN LOGIN ID DAN KATA LALUAN

Semak emel anda. Kata laluan akan dihantar melalui emel.

#4 LOG MASUK KE LAMAN UTAMA

Kini anda boleh mula login masuk dengan menggunakan ID (emel anda) dan kata laluan yang dihantar ke emel anda tadi.

#5 MELENGKAPKAN BORANG ONLINE

Paparan borang permohonan online akan ditunjuk. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan.

#6 SELESAI MENGISI BORANG ONLINE

Selesai mengisi maklumat yang diperlukan, klik Selesai Pendaftaran Borang dan Cetak Borang tersebut.

#7 MAJUKAN BORANG DAN DOKUMEN KEPADA SPNB

Bawa borang yang anda cetak tadi berserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan.



Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon dikehendaki menyediakan dokumen-dokumen berikut untuk memohon rumah RMR:
  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
  • Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
  • Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
  • Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  • Salinan sijil nikah pemohon
  • Borang laporan tapak bergambar

Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh terus menghubungi SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD (SPRN) di hotline 1300 80 3838 atau emel rmrinfo@spnb.com.my

Post a Comment

0 Comments