Bantuan JKM Dinaikkan Daripada RM300 Kepada RM1000 Sebulan - Semak Cara Membuat Permohonan!

Bantuan JKM



Bantuan JKM Dinaikkan Daripada RM300 Kepada RM1000 Sebulan Bagi Golongan B40 - Semak Cara Untuk Memohon!

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengusulkan untuk menaikkan bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang pada masa ini berjumlah antara RM200 dan RM300 kepada mereka yang layak dinaikkan ke RM1000 sebulan.

Tan Sri Muhyiddin berkata beliau akan membawa cadangan tersebut kepada mesyuarat jemaah menteri pada minggu hadapan sebagai langkah membantu golongan itu termasuk B40.

Bantuan JKM ini diberikan kepada mereka yang layak sahaja selepas melalui proses siasatan untuk penilaian bagi meringankan beban penerima bantuan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.

Berikut adalah senarai bantuan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat yang anda boleh mohon buat masa ini:

1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK) – RM100 sebulan hingga RM450 sebulan sebulan
2. Elaun Pekerja Cacat (EPC) – RM400 sebulan
3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) – RM250 sebulan
4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT) – RM350 sebulan
5. Bantuan Orang Tua (BOT) – RM350 sebulan
6. Bantuan Am Persekutuan (BA) – RM100 sebulan hingga RM350 sebulan
7. Bantuan Anak Pelihara (BAP) – RM200 sebulan hingga RM500 sebulan
8. Bantuan Latihan Perantis (BLP) – RM200 sebulan
9. Bantuan Geran Pelancaran (GP)
10. Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT)
11. Tabung Bantuan Segera (TBS)

CARA MEMOHON BANTUAN JKM

Bagi anda yang betul-betul memerlukan bantuan ini, anda dikehendaki terus ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.

Setiap permohonan yang dibuat akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk memudahkan urusan, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian:

1. Salinan Kad Pengenalan
2. Salinan Kad Pengenalan Suami / Isteri / Ibu / Bapa / Anak Yang Tidak Bersama
3. Salinan Sijil Kelahiran Anak-Anak / Ahli Keluarga Yang Tinggal Bersama
4. Salinan Penyata Gaji (Jika Ada)
5. Lain-Lain Dokumen Yang Berkaitan

Anda boleh download borang berkaitan dibawah ini:



1. KM 18 (Borang Permohonan Bantuan) [ Download ]
2. Borang Kemaskini Maklumat JKM 20 [ Download ]

Post a Comment

1 Comments

  1. Saya Mohd Adenan..saya hendak memohon bantuan JKM....salah satu penyakit dlm senarai kerajaan...iaitu HYPERTIES C,{jangkitan kuman hati.}..boleh rujuk di klinik simpang empat,kota Setar...NAMA-.MOHD.ADENAN BIN AZIZAN....

    ReplyDelete