Pendaftaran Program Jaringan Prihatin B40: RM300 Peranti, RM180 Data

daftar program jaringan prihatin 2021



Anda masih ingat tentang Program Jaringan Prihatin B40 yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2021 sebelum ini?

Menerusi pakej tersebut, kerajaan telahpun menyediakan rebate sebanyak RM300 bagi pembelian peranti baharu dan RM180 untuk langganan pelan data bulanan dari syarikat telekomunikasi dalam Malaysia seperti Celcom, Digi, Maxis, dan u Mobile.

PROGRAM JARINGAN PRIHATIN

Program Jaringan Prihatin dijangkakan dapat memberi manfaatnya kepada hampir 8.5 juta rakyat dari kelompok B40 untuk memiliki peranti telefon pintar atau menikmati bantuan pelan jalur lebar internet.

Untuk pengetahuan pembaca, sebanyak RM3.5 bilion telahpun diperuntukkan bagi menjayakan program ini.

Daripada jumlah bajet RM3.5 bilion ini, kerajaan akan menggunakan sebanyak RM2 bilion manakala syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan pula akan memberi suntikan dana tambahan berjumlah RM1.5 bilion terutamanya dalam bentuk data percuma.

Di samping itu, kemudahan data 1GB percuma yang terdahulunya akan tamat pada 31 Disember 2020 akan dilanjutkan tempohnya sehingga bermulanya program subsidi Jaringan Prihatin.

JUMLAH BANTUAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:



PENDAFTARAN PROGRAM JARINGAN PRIHATIN

Anda boleh mendaftar melalui syarikat telekomunikasi di bawah:

1. Digi
2. U Mobile
Daftar U Mobile Jaringan Prihatin

3. Celcom

4. Unifi
Soalan Lazim

Apa itu Program Jaringan Prihatin B40?
Program Jaringan Prihatin adalah inisiatif oleh Kerajaan Malaysia di mana kira-kira RM2 bilion diperuntukkan untuk rakyat Malaysia yang memenuhi syarat untuk Bantuan Prihatin Rakyat (“BPR”), dalam bentuk pakej telco bersubsidi di dengan kerjasama Penyedia Perkhidmatan telekomunikasi.

Apakah manfaat yang akan saya dapat dari program ini?
Bantuan RM300 bagi pembelian peranti baru dan RM180 untuk pelan Internet.

Siapakah yang layak memohon?
Semua warganegara Malaysia yang memenuhi syarat untuk Bantuan Prihatin Rakyat layak untuk mengikuti program ini.

Bilakah saya boleh mendaftar program ini?
Pendaftaran untuk Program Jaringan Prihatin adalah dari 5 Mei 2021 hingga 31 Julai 2021.

Bolehkah saya memindahkan tawaran program ini kepada individu lain?
Tidak. Subsidi Jaringan Prihatin terikat dengan Kad Pengenalan pelanggan dan tidak boleh dipindahkan ke individu lain.

Bilakah tarikh akhir penebusan subsidi RM300 pakej peranti?
Penebusan RM300 subsidi pakej peranti akan berakhir pada 31 Julai 2021.

Sekiranya saya mendaftar, apa yang akan berlaku kepada data peribadi saya?
Semua data peribadi yang disediakan untuk program ini adalah milik Kerajaan Malaysia dan dapat digunakan untuk tujuan rasmi Kerajaan.

Post a Comment

0 Comments

Join Telegram Rasmi Kami