BKSS 6.0: Bantuan Isi Rumah dan Bujang RM250 – RM500 Untuk Golongan B40

bantuan BKSS 6.0









Kerajaan Sarawak telahpun mempersetujui Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 untuk Ketua Isi Rumah dan Bujang rakyat Sarawak ekoran pelanjutan daripada langkah perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0.

Bantuan Wang Tunai B40 BKSS 6.0

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg telah mengumumkan lanjutan pakej itu dengan jumlah sehingga RM1.4 bilion untuk rakyat Sarawak yang terkesan ketika PKP 3.0 ini.

Bantuan ini meliputi sembilan langkah pembayaran tunai dan enam jenis pemberian diskaun.

Tidak dilupakan insentif untuk rakyat B40:
  • Ketua isi rumah (KIR) B40 Sarawak – RM250 sebulan untuk tempoh enam bulan
  • Bujang B40 Sarawak (berumur 21 tahun ke atas) – RM500 secara one-off

Bantuan Isi Rumah BKSS RM250 Sebulan

Setiap ketua isi rumah (KIR) B40 Sarawak akan mendapat pembayaran tunai sebanyak RM250 sebulan untuk tempoh enam bulan.

Bantuan KIR ini akan dikreditkan mulai 31 Julai hingga 31 Disember 2021.
Bantuan Bujang BKSS RM500 Sekaligus

Bagi individu Bujang B40 Sarawak pula yang berumur 21 tahun ke atas akan menerima pembayaran tunai berjumlah RM500 secara one-off.

Bantuan ini akan dikreditkan ke dalam akaun bermula 31 Ogos 2021.

Cara Permohonan BKSS 6.0

Tiada permohonan perlu dibuat.

Semua data adalah diambil daripada penerima BKSS B40 sebelum ini termasuklah senarai penerima Bantuan Prihatin Rakyat 2021.

Pembayaran akan dibuat terus ke akaun bank penerima dan bagi yang tiada akaun, boleh terus menuntut di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional.

Anda boleh semakan kelayaka BKSS di Portal BKSS.

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh terus menghubungi Talikhidmat Online BKSS di 082-555 999.

Post a Comment

0 Comments

Join Telegram Rasmi Kami