Info Bantuan
Bantuan RM1,000 Untuk Golongan Belia Umur 18-30 Tahun 2021
Sehubungan dengan itu, insentif ini memberikan peluang kepada golongan
belia yang menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap untuk
menambah pengalaman dalam bekerja bagi meningkatkan mutu kemahiran melalui
on-the-job-training.
Sila ikuti segala artikel yang telah disediakan oleh pasukan Salam Kerjaya
di bawah ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan bantuan
ini.
APA ITU PENJANA KERJAYA 2.0?
Penjana Kerjaya adalah merupakan sebuah program yang dipertanggungjawabkan
kepada Kementerian Sumber Manusia atau dikenali sebagai PERKESO bagi membuka
peluang menambah pengalaman bekerja dalam jangka masa pendek sepenuh masa
selama 3 bulan kepada golongan belia yang menganggur dan tidak mempunyai
kerja tetap.
TUJUAN PROGRAM
Bagi meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam alam pekerjaan
melalui latihan on-the-job-training. Perkara ini juga sekaligus meningkatkan
lagi mutu kebolehpasaran golongan ini.
__________________________________________________________________________
Anda mungkin berminat pada artikel ini
Bayaran Akhir i-Sinar Julai (Kategori 2)
Permohonan i-Saraan KWSP RM250 Untuk Individu Bekerja Sendiri/ Suri Rumah
Bantuan Tambahan RM1,000 Secara One-Off Jun 2021
Bantuan Kanak-Kanak Sehingga RM1,000 Sebulan Tahun 2021
_________________________________________________________________________
Bayaran Akhir i-Sinar Julai (Kategori 2)
Permohonan i-Saraan KWSP RM250 Untuk Individu Bekerja Sendiri/ Suri Rumah
Bantuan Tambahan RM1,000 Secara One-Off Jun 2021
Bantuan Kanak-Kanak Sehingga RM1,000 Sebulan Tahun 2021
_________________________________________________________________________
BANTUAN PERANTISAN
Bantuan yang bakal diterima oleh majikan/perantis melalui program
ini:
- Bayaran RM1,000 kepada majikan yang mempunyai lepasan sekolah dan graduan untuk Program Perantisan.
- Tempoh bayaran yang diberikan selama 3 bulan iaitu bersyarat kontrak perkhidmatan itu minimum adalah selama 3 bulan juga.
- Gaji/elaun minimum adalah sebanyak RM1,200 sebulan.
- Majikan diberikan peluang untuk memohon hanya 1 kursus latihan sahaja bagi perantis dengan kos maksimum sehingga RM4,000.
- Pekerja juga layak untuk mendapat elaun kesediaan kerja/insentif
SYARAT KELAYAKAN
Syarat kelayakan bagi memasuki Program Penjana Kerjaya 2.0 adalah seperti
berikut:
- Merupakan Warganegara Malaysia
- Lepasan sekolah/graduan yang berumur antara 18 hingga 30 tahun
- Belia yang masih menganggur dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan yang tetap.
- Belia yang pernah mengikuti mana-mana Program Perantisan yang berdaftar di mana-mana jenis syarikat dan badan-badan berkanun.
MAKLUMAT TAMBAHAN
- Syarikat perlulah berdaftar terlebih dahulu dan membuat iklan berkaitan kekosongan bagi pengambilan perantis di portal MyFutureJobs.
- Setiap perantis yang diambil bekerja di bawah program ini perlu membuat caruman dengan pihak PERKESO.
- Majikan hanya layak memohon 3 bulan insentif Penjana Kerjaya 2.0 di bawah kategori pekerja, sekiranya perantis tersebut diserap masuk sebagai pekerja tetap.
TARIKH PERMOHONAN
Bermula pada 1 Januari 2021 sehingga 30 Jun 2021 ini.
CARA MEMOHON
Kepada majikan yang berminat boleh lakukan permohonan secara atas talian
melalui laman web
https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my/index.php
Kepada belia yang ingin menyertai Program Perantisan, anda boleh
mendaftarkan diri sebagai pengguna dan isi setiap maklumat bagi melakukan
permohonan menerusi program yang ditawarkan di portal rasmi
MyFutureJobs.
Post a Comment
0 Comments