Info Bantuan
Jadual Pengkreditan Akhir i-Sinar Bulan Julai (Kategori 2) 2021
Umum mengetahui bahawa ramai pemohon kategori 1 yang telah menerima
pembayaran i-Sinar bermula Januari lalu. Justeru, disebabkan tempoh
pembayaran i-Sinar adalah selama 6 bulan sahaja, bulan 6 ini merupakan
bayaran terakhir bagi i-Sinar KWSP ini. Oleh itu, bagi mereka yang
dikreditkan pembayaran bermula Januari, ini merupakan bulan terakhir
pembayaran mereka.
Tapi berbeza pula bagi mereka yang tergolong dalam kategori 2 yang telah
membuat pindaan, anda mungkin menerima pembayaran terakhir pada bulan Julai
2021 ini.
Kami kongsikan kepada anda cara untuk menyemak pembayaran i-Sinar bulan
Julai bagi kategori 2.
Tarikh Bayaran i-Sinar Jun 2021
Seperti sebelum ini, bayaran i-Sinar bulan Julai akan dibuat secara
berperingkat bermula minggu pertama hari bekerja iaitu dijangka pada:
1 Julai sehingga 10 Julai 2021
Kebiasannya, pengkreditan amaun ke akaun bank adalah dalam masa 1-5 hari
bekerja bergantung kepada bank masing-masing.
Semakan Tarikh Akhir Pembayaran Bagi Pemohon Kategori 2 Yang Membuat
Pindaan
Anda perlu membuat semakan tarikh akhir pembayaran i-Sinar pada bahagian
'Monthly Recurring End Payment Date' di i-Akaun KWSP.
Sekiranya anda telah membuat pindaan amaun, contohnya sebelum ini akaun
anda telah expired sebab KWSP sudah habis membayar jumlah yang dipohon,
nanti apabila anda buat pindaan, akaun anda akan kembali berstatus Active
dan ada Recurring date sampai tarikh akhir pembayaran dibuat.
Oleh itu pembayaran akhir bergantung kepada tarikh lulus bayaran pertama
anda. Semak tarikh pembayaran anda melalui i-akaun seperti langkah yang kami
kongsikan.
Maklumat Pembayaran i-Sinar
Bayaran bulanan iSinar biasanya ditetapkan seperti berikut:
- tempoh seperti bayaran tarikh bulan pertama (jika bayaran pertama pada 6 mac, bulan seterusnya juga anda akan dapat pada 6 April, 6 Mei dan juga pada 6 Jun jika jatuh pada hari bekerja)
- maksimum dalam tempoh 2 minggu atau
- sebelum akhir bulan
Cara Membuat Semakan Status i-Sinar Melalui i-Akaun
Anda boleh untuk membuat semakan terus menggunakan aplikasi i-Akaun di
telefon bimbit anda. Berikut kami kongsikan kepada anda cara untuk membuat
semakan tarikh pembayaran seterusnya.
1. Buka apps i-Akaun di pautan
https:/www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
2. Login menggunakan ID dan Password yang didaftarkan.
3. Semak bahagian Sejarah Pengeluaran atau withdrawal history di ruangan sebelah kiri
4. Klik pada i-sinar di dalam jadual barisan kedua.
5. Kemudian, status permohonan i-Sinar akan dipaparkan.
2. Login menggunakan ID dan Password yang didaftarkan.
3. Semak bahagian Sejarah Pengeluaran atau withdrawal history di ruangan sebelah kiri
4. Klik pada i-sinar di dalam jadual barisan kedua.
5. Kemudian, status permohonan i-Sinar akan dipaparkan.
Cara Semakan Status iSinar Melalui Portal i-Sinar
- Layari laman web https://isinar.kwsp.gov.my/
- Skrol ke bahagian bawah dan tekan butang SEMAK STATUS
- Isikan maklumat yang diminta
- Status kelulusan dan maklumat pembayaran akan dipaparkan
Tarikh Akhir Permohonan i-Sinar
Tarikh akhir permohonan adalah pada 30 Jun 2021
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang permohonan i-Sinar KWSP, anda boleh hubungi
Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848 atau rujuk soalan berkenaan i-sinar
di laman web
i-sinar.kwsp.gov.my
Sumber: harianpost.my
Post a Comment
0 Comments