Info Bantuan
Permohonan Kad Sejahtera: Rawatan Perubatan Percuma Sehingga RM500 Setahun
Kad Sejahtera – Skim Khidmat Rawatan Perubatan Sehingga RM500
setahun
Kerajaan Negeri Terengganu telah mengambil inisiatif untuk melancarkan
Program Kad Sejahtera atau Skim Khidmat Rawatan Perubatan bertujuan untuk
meringankan beban rakyat yang kurang berkemampuan untuk menyara kos
perubatan dan rawatan yang mereka alami.
Insiatif ini adalah salah satu usaha untuk membantu keluarga yang
berpendapatan rendah, miskin dan miskin tegar atau kata lainnya Golongan B40
di Terengganu.

Menerusi program dan skim ini, kesemua ahli dalam skim ini akan dapat menikmati rawatan kesihatan sehingga RM500/tahun dimana-mana klinik panel yang terpilih di Terengganu. Skim ini dijangka dapat dinikmati lebih 20,000 penerima golongan B40 dengan peruntukkan sebanyak RM10.9 juta daripada kerjaan negeri.
Untuk pengetahuan pembaca, kad tersebut mempunyai isi dengan nilai RM500 untuk tempoh setahun dan had penggunaannya pula adalah sebanyak RM70 untuk sekali transaksi.
Untuk lebih mudah difahami, ahli boleh terus membayar kos rawatan secara
terus melalui kad tersebut di klinik-klinik panel jika mengalami masalah
kesihatan.
Kelayakan Memohon Kad Sejahtera

Antara syarat kelayakan untuk anda memohon bantuan kad perubatan ini
adalah:
- Untuk suami dan/atau isteri berserta anak-anak yang berkelayakan
- Mestilah warganegara Malaysia
- Lahir di Terengganu atau telah menetap lebih 10 tahun di Terengganu
- Had pendapatan sebulan yang ditetapkan kerajaan Terengganu
Kerajaan lebih mengutamakan bantuan ini khas untuk golongan B40 dengan
pendapatan purata per kapita keluarga di bawah RM2,800/bulan.
Semakan Permohonan Kad-Sejahtera

Untuk melakukan semakan permohonan kad anda, anda hanya perlu masukkan kad
pengenalan anda disini > Portal Semakan Kad Sejahtera
Senarai Klinik Panel Kad Sejahtera

Terdapat pelbagai klinik panel yang anda pemegang kad boleh kunjungi
seperti di kawasan Dungun, Marang dan Kuala Terengganu untuk membuat
rawatan.
Untuk senarai penuh lokasi klinik panel ini, anda boleh klik Senarai Lokasi Klinik Panel Kad Sejahtera.
Untuk bantuan mengenai kad ini, anda boleh terus menghubungi pusat
panggilan di talian 1 800 22 6600 atau emel info@kadsejahtera.com.
Masih ramai rakyat tidak tahu tentang program bantuan ini dan diharapkan
anda dapat berkongsi info ini kepada rakan dan juga famili anda.
Post a Comment
0 Comments