i-Citra KWSP: Syarat Pengeluaran, Jumlah dan Tarikh Pengkreditan i-Citra KWSP

Pengeluaran i-Citra KWSP


Perdana Menteri sekali lagi melalui perutusan khas yang berlangsung pada 28 Jun 2021 pada jam 5 Petang telahpun mengumumkan satu lagi Pakej Bantuan untuk rakyat malaysia yang dinamakan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dengan harapan untuk membantu dan meringankan keperitan rakyat dalam menghadapi pandemik ini.

Memalui ucapan beliau, KWSP akan memperkenalkan tatacara pengeluaran baharu wang pencarum iaitu memalui program i-Citra. Menerusi i-Citra, dijangka seramai 12.6 juta pencarum KWSP dapat menikmati pengeluaran caruman mereka sehingga RM5,000.

Menerusi artikel ini, team SemakanKerjaya akan memberikan ulasan lanjut kepada anda mengenai informasi terperinci tentang Skim Bantuan PEMULIH ini. 

Syarat Kelayakan i-Citra

Melalui program baharu yang diperkenalkan KWSP iaitu i-Citra, dianggarkan seramai 12.6 juta pencarum KWSP dapat melakukan pengkreditan caruman mereka sehingga RM5,000.

Sebanyak RM5,000 itu akan dibayar dengan kadar bayaran tetap sebanyak RM1,000 sebulan untuk tempoh 5 bulan, ini tertakluk kepada jumlah wang simpanan KWSP pencarum itu sendiri.
__________________________________________________________________________


Pelaksanaan program i-Citra ini dijangka dapat menyalurkan sebanyak RM30 bilion kepada rakyat untuk menampung keperluan harian mereka dalam menghadapi dugaan pandemik ini.

Cara Permohonan Dan Tarikh Permohonan

Pencarum boleh mula melalkukan proses permohonan kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my (sedang diselenggara) mulai 15 Julai 2021.

Bulan Pembayaran

Pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun pencarum pada bulan Ogos 2021 dan berlangsung selama 5 bulan tertakluk kepada jumlah wang wimpanan pencarum didalam akaun mereka.

Post a Comment

3 Comments

  1. harap kalau boleh keluarkan 5 ribu terus masuk dalam akaun 5 ribu juga tak susah tunggu bulan2

    ReplyDelete
  2. Kenapa lah tak keluarkan sekali sahaja ,kan senang org nak planing buat pembayaran bil2 yg tertunggak

    ReplyDelete