Panduan Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat 2021

Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat 2021


Pada 4 Mei 2021, kerajaan bersetuju untuk memberi peluang kepada pemohon BPR yang gagal untuk membuat rayuan BPR bermula 15 Jun sehingga 30 Jun 2021.

Bagi mana-mana individu yang mendapat status Tidak Lulus, boleh ikuti cara untuk buat rayuan seperti di bawah.

Ini adalah langkah untuk merayu BPR. Untuk kemaskini terbaru, sila rujuk cara membuat rayuanBPR 2021:

Rayuan Bantuan Prihatin Rakyat

Setakat ini,belum dimaklumkan lagi cara untuk membuat rayuanBPR.Berikut adalah contoh buat rayuan berdasarkan bantuan BPN sebelum ini:


Rayuan BPR Fasa Kedua melalui email

Berikut ialah langkah untuk buat rayuan BPR melalui email:

Anda boleh mengemukakan rayuan dengan menghantar email ke rayuanbpr@hasil.gov.my

Sila sertakan dokumen sokongan seperti bukti kehilangan pekerjaan dan pendapatan yang semakin kurang disebabkan Coronavirus COVID-19

Kami cadangkan anda hantar dengan contoh tajuk seperti berikut:
  1. RAYUAN BPR: 900305-05-7777
  2. PERMOHONAN RAYUAN BPR. NO K/P: 900305-05-7777
  3. Pastikan anda tekan butang Send
  4. Buat pengesahan email telah dihantar dengan semak Sent folder
  5. Akhir sekali, tunggu maklumbalas daripada pihak LHDN
Rayuan BPR Fasa Kedua di kaunter LHDN

Mana-mana individu yang permohonan mereka tidak diluluskan juga boleh hadir sendiri ke kaunter-kaunter LHDN. Sila rujuk cara isi borang rayuan BPR untuk penerangan yang lebih terperinci.


Anda boleh mula untuk membuat rayuan pada hari 15 JUN 2021.

Sila pastikan anda membawa dokumen seperti:
  • Kad Pengenalan (MyKad)
  • Surat rayuan
  • Dokumen sokongan seperti surat kena buang kerja, atau apa-apa yang membuktikan kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan
  • Sila berpakaian sopan dan beradab semasa hadirkan diri ke kaunter LHDN.
  • Sila pastikan anda mengikut SOP PKP/PKPB sepanjang berurusan di LHDN.
RAYUAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT FASA 2 ONLINE (Tidak Lulus)

Ini hanya untuk permohonan sebelum ini, bukan Permohonan Baru dan Rayuan.
  1. Layari laman web rasmi BPR di sini: https://bpr.hasil.gov.my
  2. Lihat pada bahagian Semakan Status
  3. Masukkan Nombor MyKad anda
  4. Klik butang Carian
  5. Ruangan Captcha akan dipaparkan
  6. Masukkan sekali lagi aksara Captcha yang dipaparkan
  7. Klik butang Semak
  8. Tunggu sebentar sementara semakan sedang dilakukan
  9. Terdapat tiga (3) status semak Bantuan Prihatin Prihatin yang akan dipaparkan:
  • Lulus
  • Tidak Lulus
  • Tiada Rekod
  • Tidak Layak
Seperti Carian di atas, jika status semakan Tidak Lulus anda boleh buat rayuanBPR.

Teruskan dengan langkah di bawah:
  1. Selepas buat semakan BPR seperti di atas, anda akan nampak paparan permohonan Tidak Lulus
  2. Klik butang Permohonan Rayuan
  3. Paparan Permohonan Rayuan yang telah Berjaya dihantar akan dipaparkan
  4. Klik Papar Rayuan untuk melihat rayuan yang telah dihantar
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika ingin maklumat lanjut & pertayaan tentang BPR

Sila hubungi nombor hotline BPR di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di sini:

1-800-88-2747

Sila hubungi nombor hotline BPR di Kementerian Kewangan Malaysia di talian berikut:

03-8882 4565

03-8882 4566

Sila hubungi Hasil Care Line (HCL) di talian berikut:

03- 89111000

Post a Comment

0 Comments

Join Telegram Rasmi Kami