Info Bantuan
Permohonan Bantuan Anak Pelihara RM500 Sebulan Setiap Tahun Masih Dibuka!
JKM ada menawarkan kanak-kanak di dalam jagaan di institusi untuk
dipelihara. Istilah di sini adalah anak pelihara (fostering). Ini adalah
usaha Untuk memberi peluang kepada pasangan suami isteri yang tidak
mempunyai anak merasai suasana kehidupan berkeluarga mengikut saluran yang
betul serta dapat menumpang dan mencurah kasih sayang kepada anak
pelihara.
Manakala bagi anak kanak-kanak pula, usaha ini bertujuan memberi peluang
kepada mereka menikmati kehidupan berkeluarga dan mendapat belaian kasih
sayang , serta peluang menikmati suasana pendidikan holistik yang lebih baik
dan sempurna.
KADAR BANTUAN
RM250 sebulan seorang kanak-kanak. Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang
memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.
TUJUAN BANTUAN
- Membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara.
- Meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri.
Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti
berikut :-
- Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun;
- Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa;
- Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952; atau
Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:-
- Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
- Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.
__________________________________________________________________________
Anda mungkin berminat pada artikel ini
Bayaran Akhir i-Sinar Julai (Kategori 2)
Permohonan i-Saraan KWSP RM250 Untuk Individu Bekerja Sendiri/ Suri Rumah
Bantuan Tambahan RM1,000 Secara One-Off Jun 2021
Bantuan Kanak-Kanak Sehingga RM1,000 Sebulan Tahun 2021
_________________________________________________________________________

CARA PERMOHONAN
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat
Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap
permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian
(means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini
bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada
kelayakan dan bukan hak.
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Post a Comment
0 Comments