Bantuan Sebanyak RM600 Untuk Setiap Pekerja Di Malaysia

Bantuan RM600 Untuk Setiap Pekerja di Malaysia


Memandangkan ramai yang memberi respon positif berkaitan dengan program ini, pihak kerajaan telahpun mempersetujui untuk melanjutkan lagi Program Subsidi Upah ini melalui PSU 4.0 dengan suntikan daripada kerajaan sebanyak RM3.8 bilion ringgit yang diramalkan akan memberi manfaat kepada lebih 2.5 juta pekerja.

Sejak PSU atau lebih dikenali sebagai Program Subsidi Upah diperkenalkan kerajaan, pihak kerajaan telahpun mengeluarkan dana sebanyak lebih RM15 bilion bertujuan untuk meringankan beban para majikan yang membayar gaji kepada pekerja mereka dalam anggararn sekitar 2.7 juta individu pekerja.

Melalui inisiatif PSU 4.0 ini, pihak kerajaan akan menanggung sehingga 500 pekerja bagi setiap majikan dengan tujuan membantu sama terhadap golongan majikan yang terkesan ekonominya akibat Covid-19 agar mereka dapat melangsungkan operasi syarikat serta mengelakkan para pekerja hilang pekerjaan dan punca pendapatan bagi semua perusahaan.
__________________________________________________________________________

Sila ikuti perkongsian di bawah untuk butiran terperinci mengenai Program Subsidi Upah 4.0 ini.

PROGRAM SUBSIDI UPAH 4.0

Melalui pakej bantuan PSU 4.0 ini, suka untuk kami ingatkan bahawa kerajaan akan menanggung:
  • 500 individu pekerja untuk setiap majikan
  • Kadar tanggungan maksima RM600 setiap pekerja.
  • Pengkreditan adalah untuk tempoh 4 bulan yang mana dua bulan bagi semua sektor dalam fasa kedua PPN dan dua bulan seterusnya khusus bagi sektor-sektor yang dikategorikan dalam senarai negatif semasa tempoh fasa ketiga nanti.
Jika sebelum Pakej Pemulih diperkenalkan, Program Subsidi Upah adalah layak untuk mereka dengan had gaji di bawah RM4,000 sahaja, namun begitu melalui PSU 4.0 ini:
  • Tiada had gaji ditetapkan.
  • Majikan boleh memohon PSU 4.0 bagi pekerja yang bergaji lebih RM4,000.
CARA MEMOHON PSU 4.0

Untuk info pembaca diluar sana, permohonan hendaklah dilakukan oleh majikan anda. Majikan yang ingin melakukan permohonan PSU 4.0 untuk mendapatkan bayaran RM600 untuk pekerja anda, sila teliti maklumat berikut:
  • Permohonan boleh dikemukakan secara online - klik DI SINI
  • Pihak majikan akan menerima nombor rujukan sebaik sahaja permohonan lengkap telah diisi di pautan https://prihatin.perkeso.gov.my/ dan boleh menyemak status permohonan menggunakan nombor rujukan yang diberikan.
  • Senarai nama majikan yang diluluskan permohonan PSU boleh disemak di https://www.myfuturejobs.gov.my/ termasuk bilangan pekerja yang diluluskan.

Untuk mendapatkan panduan lebih terperinci, anda boleh rujuk panduan Program Subsidi Upah 3.0 yang lepas. Maklumat lanjut berkaitan PSU 4.0 akan menyusul setelah mendapat makluman baharu. 


Post a Comment

1 Comments

  1. Tolong Sila tukar tajuk Bantuan ini. Mengelirukan rakyat Dan mendatangkan kemarahan pada rakyat. Rakyat tahu membaca Dan paham apa yang Dia orang baca. Yang tak paham nya ialah manusia yang letak nama Bantuan ini Dan orang yang menulis penerangan tentang Bantuan ini kat internet. Tahu tulis je tapi tak faham lansung apa yang Dia tulis.

    ReplyDelete