Info Bantuan
PEMULIH: Bantuan Khas Covid 19 – Bantuan Wang Tunai Isi Rumah & Bujang RM100-RM1300
PEMULIH: Bantuan Khas Covid 19 – Bantuan Wang Tunai Isi Rumah &
Bujang RM100-RM1300
28 Jun 2021 jam 5 petang, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah melalui
perutusan khas yang disampaikannya telahpun melancarkan Bantuan Khas
Covid-19 (BKC) dibawah agenda Pelan Pemulihan Negara untuk rakyat Malaysia
terutama sekali untuk kelompok sasar seperti golongan miskin tegar, B40 dan
M40 yang terkesan ketika PKP 3.0 ini.
Bantuan Khas Covid-19 (BKC)
Selepas Bantuan Pemerkasa+ RM500 yang telah diperkenalkan sebelum ini, Perdana Menteri sekali lagi
telah mengumumkan bahawa kerajaan akan menyalurkan Bantuan Khas Covid-19
atau BKC melalui skim bantuan yang baharu yang dinamakan Pakej Perlindungan
Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dengan suntikan daripada kerajaan
sebanyak RM4.6b.
Skim bantuan ini dianggarkan dapat memberi manfaat kepada lebih 11 juta isi
rumah, individu bujang dan warga emas yang berada dalam kelompok miskin
tegar serta mereka dari golongan B40 dan M40.
__________________________________________________________________________
Anda mungkin berminat pada artikel ini
Bayaran Akhir i-Sinar Julai (Kategori 2)
Permohonan i-Saraan KWSP RM250 Untuk Individu Bekerja Sendiri/ Suri Rumah
Bantuan Tambahan RM1,000 Secara One-Off Jun 2021
Bantuan Kanak-Kanak Sehingga RM1,000 Sebulan Tahun 2021
_________________________________________________________________________
Menerusi Skim Bantuan Covid-19 ini, rakyat akan menerima secara langsung
bantuan wang ringgit yang bernilai RM100 – RM1300 mengikut kelayakan
masin-masing.
Kategori Bantuan Khas PKP 3.0
Dengan perbincangan yang teliti oleh pihak Kerajaan, Kerajaan telah
mengklasifikasikan bantuan ini kepada 3 kelompok yang layak iaitu Miskin
Tegar, B40 dan M40.
- Kategori Miskin Tegar
Status | Jumlah Bantuan |
---|---|
Isi Rumah | RM1300 |
Bujang | RM500 |
- Kategori Golongan B40
Status | Jumlah Bantuan |
---|---|
Isi Rumah | RM800 |
Bujang | RM200 |
- Kategori Golongan M40
Status | Jumlah Bantuan |
---|---|
Isi Rumah | RM250 |
Bujang | RM100 |
Pengkreditan akan dilakukan secara berperingkat melalui 3 fasa iaitu:
- Fasa 1 – Pada Bulan Ogos
- Fasa 2 – Pada Bulan November
- Fasa 3 – Pada Bulan Disember
Cara Melakukan Permohonan
Tiada sebarang maklumat lagi yang diumumkan oleh pihak kerajaan. Kami akan menghebahkan makluman tersebut sekiranya terdapat pengumuman rasmi oleh pihak Kerajaan.
Tiada sebarang maklumat lagi yang diumumkan oleh pihak kerajaan. Kami akan menghebahkan makluman tersebut sekiranya terdapat pengumuman rasmi oleh pihak Kerajaan.
Post a Comment
2 Comments
#KITAJAGAKITA
ReplyDeleteBelum dapat lagipun bantuan bkc
ReplyDelete