Info Bantuan
SIP PRIHATIN 2.0: Mohon Elaun Mencari Pekerjaan RM300 Sepanjang Tempoh 2 Bulan
SIP PRIHATIN 2.0: Elaun Mencari Pekerjaan RM300 Bagi 2 Bulan

Individu yang sedang mencari pekerjaan sama ada graduan baharu, lepasan
sekolah dan pekerja sektor tidak formal kini boleh memohon Elaun Mencari
Pekerjaan atau SIP PRIHATIN 2.0 bagi tempoh 2 bulan.
Untuk makluman, pelaksanaan SIP PRIHATIN 2.0 ini telah diumumkan oleh
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa membentangkan pakej Pelan
Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada 28 Jun 2021 yang
lalu.
Bagi memastikan mereka layak menerima SIP PRIHATIN 2.0 ini, mereka perlu
mendaftar pekerjaan di bawah platform MYFutureJobs dan layak menerima
insentif SIP Prihatin 2.0 sekurang-kurangnya RM300.
Permohonan secara atas talian telah dibuka mulai 15 Julai 2021 iaitu hari
Khamis.

Mengenai SIP PRIHATIN 2.0
SIP PRIHATIN 2.0 ialah elaun yang diberikan kepada para pencari pekerjaan
dalam kategori bukan pencarum PERKESO terutamanya graduan baharu, lepasan
sekolah dan pekerja sektor tidak formal.
Mereka perlu mendaftar di bawah platform MYFutureJobs dan memenuhi
syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan bagi membolehkan mereka mendapat
elaun tersebut.
Syarat Kelayakan
Syarat kelayakan bagi pemohon yang ingin memohon SIP PRIHATIN 2.0 adalah
seperti berikut.
- Individu tersebut mestilah kehilangan pekerjaan yang tidak dilindungi di bawah Sistem Insurans Pekerjaan.
- Individu telah berdaftar dan aktif menjalankan aktiviti carian pekerjaan melalui portal MYFutureJobs.
- Individu terbabit mestilah menganggur.
- Individu tersebut telah menghadiri sekurang-kurangnya 6 temuduga dalam 2 bulan.
Kadar Elaun Mengikut Kategori
Kadar elaun yang ditawarkan adalah berdasarkan kategori seperti
berikut:
Aktiviti Carian Pekerjaan | Jumlah Aktiviti Setiap Bulan | Jumlah Insentif |
Menghadiri temuduga terbuka (fizikal atau dalam talian) | 3 temuduga dalam tempoh 30 hari x 2 bulan | Layak menerima insentif RM300 x 2 bulan |
Kembali bekerja dalam tempoh menerima insentif bulan pertama | Sekurang-kurangnya 1 temu duga dalam tempoh menerima Elaun mencari pekerjaan | Layak menerima RM400 secara one-off |
Pendaftaran MYFutureJobs
Untuk melayakkan mendapat elaun mencari pekerjaan tersebut, para pencari
kerja perlu mendaftar di portal MyFutureJobs seperti langkah-langkah
berikut:
- Layari laman web www.myfuturejobs.gov.my
- Klik butang ‘Jobseeker Sign In’ untuk mendaftar profil pribadi
- Klik butang ‘Register Here’ sebagai pengguna kali pertama.
- Isikan maklumat email dan no. kad pengenalan serta butiran-butiran yang diperlukan.
- Kemudian, log masuk dan cari bidang kerjaya yang diinginkan mengikut lokasi.
- Kemaskini maklumat selanjutnya bagi membuat permohonan pekerjaan yang diingini.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web
https://www.myfuturejobs.gov.my/ms/sip-prihatin-perlanjutan-elaun-mencari-pekerjaan/
atau menghubungi Careline PERKESO di talian 1300-22-8000
Post a Comment
0 Comments