Permohonan Bantuan Untuk Individu Belum Bekerja RM800

Bantuan Untuk Individu Belum Bekerja RM800

Untuk makluman anda semua, program ini dikenali sebagai PERANTISAN yang merupakan sebuah program terbuka untuk golongan belia yang belum bekerja untuk melakukan permohonan Program Perantisan PERKESO yang telah dilaksanakan di bawah PEMERKASA.

Setelah menerima maklum balas daripada pihak industri, program ini telah ditambah baik yang mana program ini akan menjanjikan sesuatu yang jauh lebih baik berbanding sebelum ini. Ikuti maklumat lanjut mengenai program dan bantuan yang telah pasukan Salam Kerjaya sediakan di bawah ini.

JUMLAH BANTUAN & TARIKH PERMOHONAN

1. Program Perantisan Asal (PenjanaKerjaya 2.0)
Tempoh Latihan : 3 bulan
Jumlah Insentif : RM1,000
Tarikh Permohonan : -

2. Program Perantisan PERKESO PEMERKASA (Permohonan Baru)
Tempoh Latihan : 6 bulan
Jumlah Insentif : RM800
Tarikh Permohonan : 1 April 2021

3. Program Perantisan PERKESO PEMERKASA (Lanjutan daripada Perantisan Asal)
Tempoh Latihan : 3 bulan + 3 bulan lanjutan
Jumlah Insentif : RM1,000 (3 bulan pertama), RM600 (3 bulan lanjutan)
Tarikh Permohonan : 15 April 2021
__________________________________________________________________________


SYARAT KELAYAKAN
  • Pihak majikan yang mengambil perantis di bawah Penjana Kerjaya layak untuk memohon untuk para pekerjanya menjalani latihan semula atau peningkatan kemahiran berdasarkan keperluan pekerjaan atau perusahaan berkenaan.
  • Hanya kursus yang dikenalpasti bersesuaian dengan keperluan industri akan diluluskan.                
  • Setiap perantis yang tersenarai di bawah PenjanaKerjaya 2.0 hanya boleh mengikuti 1 kursus sahaja.
CARA MEMOHON

Berikut adalah merupakan cara untuk melakukan permohonan bagi bantuan ini:
SOALAN LAZIM

1. Adakah syarikat perlu berdaftar dan mengiklankan kekosongan pekerjaan bagi perantisan di portal MYFutureJobs?
Ya. Syarikat perlu berdaftar dan mengiklankan kekosongan jawatan bagi perantisan di Portal MYFutureJobs.

2. Adakah perantis yang diambil bekerja di bawah Program Perantisan ini perlu mencarum dengan PERKESO?
Ya. Setiap perantis yang diambil bekerja di bawah program ini perlu mencarum dengan PERKESO. 

3. Sekiranya perantis tidak dibayar gaji/elaun, kepada siapakah mereka boleh melakukan aduan?
Perantis yang tidak dibayar elaun atau gaji ataupun tidak diberikan latihan di tempat kerja, mereka boleh melakukan aduan di PERKESO melalui emel penjanakerjaya@perkeso.gov.my

Post a Comment

1 Comments

  1. Ini semua cakap je le beh ar.. Bnde xde.. Bayar sosok selama nie btol menguntong kan krajaan sampai masa kita nak claim Mcm2 dia pertikaikan.. Lepas korg jgn lagi bayar sosok nie semua.. Buang duit korg.. Aq btol2 menyesal dgn bayar perkeso babi nie

    ReplyDelete