Info Semasa
Semak Dan Mohon Wang Tidak Dituntut (WTD) 2021
Semak Dan Mohon Wang Tidak Dituntut (WTD) 2021
Cara Membuat Semakan Online
- Buka laman web egumis di https://egumis.anm.gov.my/
- Buat pendaftaran pengguna secara atas talian
- Log masuk ke portal menggunakan kata laluan yang telah didaftar
- Kemaskini maklumat pengguna
- Klik pada "KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT" untuk membuat semakan WTD sama ada menggunakan MyKad atau nombor pendaftaran syarikat.
- Klik "Cetak" jika perlu
____________________________________________________________________
Anda mungkin berminat pada artikel ini
- Permohonan i-Saraan KWSP RM250 Untuk Individu Bekerja Sendiri/ Suri Rumah
- Bantuan Tambahan RM1,000 Secara One-Off Jun 2021
- Bantuan Kanak-Kanak Sehingga RM1,000 Sebulan Tahun 2021
Cara Membuat Tuntutan WTD
WTD boleh dituntut melalui 3 cara iaitu melalui online, Kaunter dan
POS.
Online
Untuk membuat tuntutan secara online:
- Anda kena membuat semakan WTD dahulu.
- Setelah itu klik pada rekod WTD yang ingin dituntut dan pilih "Teruskan Dengan Permohonan"
- Klik "Tambah Penerima" untuk masukkan maklumat penerima WTD. Pilih pada kotak yang disediakan sekiranya maklumat diri adalah sama seperti maklumat pemohon.
- Masukkan maklumat perbankan dan "Simpan"
- Muat naik dokumen sokongan bagi kategori "MANDATORI"
- Tandakan pada dua kotak untuk bersetuju dengan pengakuan serta terma dan syarat eGUMIS dan klik Hantar. Pilih Ya untuk menghantar permohonan tuntutan.
- Rujuk portal eGUMIS untuk status permohonan WTD
*Proses bayaran hanya akan dilaksanakan apabila dokumen lengkap dan telah
disahkan.
____________________________________________________________________
Kaunter
Untuk membuat tuntutan melalui kaunter, maklumat yang telah dicetak melalui
semakan online tadi hendaklah dihantar terus ke kaunter Pendaftar Wang Tak
Dituntut atau di mana-mana cawangan Jabatan Akautan Negara Malaysia
(JANM).
Namun begitu, setakat ini segala urusan adalah melalui temujanji sahaja dan
terhad kepada 2 pelanggan pada satu masa.
Oleh itu, anda boleh membuat temujanji melalui telefon atau whatsapp di
talian 019-201 0234
____________________________________________________________________
POS
Untuk membuat tuntutan melalui POS, hantar permohonan dengan maklumat yang
lengkap berserta maklumat WTD yang telah dicetak ke alamat
Pejabat Pendaftar Wang Tak Dituntut
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 1, Blok Utara, Perbendaharaan 2,
Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 7, Persiaran Perdana, Presint 2,
62594, Putrajaya
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 1, Blok Utara, Perbendaharaan 2,
Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 7, Persiaran Perdana, Presint 2,
62594, Putrajaya
____________________________________________________________________
Maklumat Lanjut
Sebarang permasalahan dan pertanyaan berkatian tuntutan WTD, anda boleh
menghubungi:
Unit Tuntutan: 03 - 8000 8700 / 8701 / 8702 atau emel ke
tuntutan.bwtd@anm.gov.my
Unit Akaun (Serahan): 019-200 8434 atau emel ke akaun.bwtd@anm.gov.my
Unit Sekuriti: 019-201 2834 atau emel ke sekuriti.bwtd@anm.gov.my
Unit Akaun (Serahan): 019-200 8434 atau emel ke akaun.bwtd@anm.gov.my
Unit Sekuriti: 019-201 2834 atau emel ke sekuriti.bwtd@anm.gov.my

Post a Comment
0 Comments