Tarikh Pembayaran Bagi Pakej Bantuan Khas COVID-19 Bermula Ogos 2021

Bantuan Khas Covid-19


Bantuan Khas COVID-19 (BKC) adalah satu pakej bantuan tunai yang diperkenalkan oleh kerajaan dan akan diagihkan kepada rakyat sehingga akhir tahun 2021 dengan tujuan meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19.

Jumlah Bantuan BKC

Penerima Miskin Tegar
Isi Rumah : RM1,300
Warga Emas Sebatang Kara : RM500
Bujang : RM500

Penerima B40
Isi Rumah : RM800
Warga Emas Sebatang Kara : RM200
Bujang : RM200

Penerima M40
Isi Rumah : RM250
Warga Emas Sebatang Kara : RM100
Bujang : RM100


____________________________________________________________________


Cara Membuat Permohonan

Permohonan BKC tidak perlu dibuat kerana penerima yang layak akan ditentukan berdasarkan data sedia ada.

Data kategori miskin tegar dan B40 diperolehi daripada Permohonan BPR 2021 manakala data M40 adalah daripada data percukaian LHDNM

Tarikh & Kaedah Pembayaran BKC

Tarikh Pembayaran BKC


Kaedah pembayaran bagi kategori miskin tegar dan B40 akan melalui akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021 manakala M40 akan melalui akaun bank yang telah didaftarkan di dalam rekod percukaian.

Post a Comment

0 Comments