Bantuan Kerajaan RM200 Sebulan Untuk Golongan B40 Tahun 2021
Untuk makluman anda semua, terdapat pelbagai bantuan yang telah pihak kerajaan sediakan daripada segi bakul makanan, bantuan kewangan dan lain-lain lagi kepada golongan b40 bagi tujuan membantu meringankan beban yang sedang dihadapi lebih-lebih lagi pada ketika penularan wabak pandemik yang melanda negara kita sekarang ini.
Oleh yang demikian, pihak JKM dengan kerjasama pihak kerajaan telah
menyediakan sebuah bantuan dalam latihan perantis yang bertujuan untuk
memberikan kemudahan kepada anak-anak untuk menerima bantuan JKM bagi
mendapatkan latihan kemahiran ataupun latihan sambil bekerja.
Bantuan kewangan ini diperkenalkan oleh pihak JKM bagi bertujuan untuk
membantu meringankan beban kehidupan seharian golongan b40 yang kehilangan
sumber pendapatan akibat daripada penularan wabak pandemik Covid-19 yang
melanda negara ketika ini.
JUMLAH BANTUAN
Untuk makluman, jumlah bantuan kewangan yang akan disalurkan kepada
golongan b40 yang layak ialah:
RM200 Sebulan
TUJUAN BANTUAN DISALURKAN
Tujuan utama bantuan latihan perantis JKM ini disalurkan kepada golongan
b40 adalah untuk:
- Membantu klien jabatan ataupun anak-anak yang merupakan penerima bantuan tercicir daripada pendidikan.
- Bekas pelatih di institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran.
SYARAT KELAYAKAN
- Merupakan warganegara Malaysia
- Anak-anak yang menerima bantuan dari institusi kebajikan
- Bekas pelatih perintah khidmat Malaysia ataupun;
- Mana-mana kes bekeperluan yang layak untuk dipertimbangkan dengan mempunyai kelulusan daripada KPKM.
CARA MEMOHON
Sebelum melakukan permohonan, berikut adalah merupakan dokumen yang perlu
anda sediakan bagi tujuan memudahkan urusan permohonan:
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Salinan kad pengenalan suami / isteri / anak yang tinggal bersama.
- Salinan sijil kelahiran anak-anak serta ahli keluarga yang tinggal bersama.
- Salinan penyata gaji (sekiranya ada)
- Dokumen lain yang dirasa diperlukan.
Berikut adalah merupakan borang permohonan yang perlu anda lengkapkan dan
kemudian hantar ke pejabat JKM yang berhampiran dengan kawasan anda:
Post a Comment
0 Comments