Permohonan Bantuan RM500 Untuk Penjaja Tahun 2021 Masih Dibuka!

Permohonan Bantuan RM500 Untuk Penjaja


Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah membuka permohonan bagi Inisiatif Bantuan Prihatin-Kasih Asnaf 3.0 untuk para penjaja pasar malam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Bantuan Prihatin-Kasih Asnaf 3.0 merupakan bantuan yang diberikan oleh MAIWP dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang bertindak sebagai pemudahcara dalam program bantuan ini.

Bantuan ini khusus untuk para peniaga atau penjaja pasar malam di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dikuatkuasakan.

Permohonan bantuan ini telah dibuka bermula 19 Julai sehingga 15 Ogos 2021.

Kadar Bantuan

Bagi penjaja yang layak, mereka akan diberikan bantuan one-off sebanyak RM500.

Bantuan prihatin ini akan diberikan kepada para penjaja pasar malam yang layak berdasarkan kritertia dan proses tapisan oleh pihak MAIWP.

Kriteria Permohonan

Para penjaja perlu berdaftar dengan DBKL.
Permohonan perlu dibuat melalui atas talian sahaja.

Cara Membuat Permohonan
Cara Membuat Semakan
Cara Pembayaran

Pemohon yang layak akan dibayar secara Elektronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank penerima.

Pembayaran akan dilakukan setelah permohonan pemohon diluluskan.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan mengenai bantuan prohatin ini, sila hubungi Encik Danial dan Puan Atiqah melalui aplikasi Whatsapp ditalian 011-5659 3734 pada jam 09.00 pagi hingga 04.30 petang.

Post a Comment

0 Comments